Pengukuhan dolar AS kekang permintaan ringgit



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sentimen positif bagi unit negara maju itu yang mengekang minat kepada mata wang tempatan.

Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.1590/1630 berbanding dolar AS daripada 4.1580/1610 ketika ditutup pada Jumaat.

Peniaga berkata peningkatan gaji November di Amerika Syarikat (AS) serta jangkaan kadar faedah AS yang tidak berubah oleh Rizab Persekutuan AS telah merangsang selera risiko bagi dolar AS.

Selepas pengurangan kadar faedah sebanyak tiga kali pada tahun ini bagi melindungi ekonomi AS daripada kelembapan global, bank pusat dijangka mengekalkan kadar itu dalam mesyuarat pada Rabu ini.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0581/0615 daripada 3.0571/0605 pada Jumaat, menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.8328/8372 daripada 3.8284/8315 dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.4703/4773 daripada 5.4570/4613 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit naik berbanding euro kepada 4.6015/6076 daripada 4.6137/6179 pada Jumaat.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini