Ringgit dibuka lemah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka lemah



KUALA LUMPUR: Ringgit bermula minggu ini lebih lemah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, merosot daripada kenaikan minggu lalu berikutan tinjauan positif berkaitan perjanjian perdagangan AS-China, kata peniaga.

Pada 9.08 pagi, nota tempatan didagangkan pada 4.1390​​/1 berbanding dolar AS daripada 4.1335/1355 penutup Jumaat.

Peniaga berkata, meskipun pengumuman bahawa kedua-dua gergasi ekonomi memeterai perjanjian "fasa pertama", pasaran terus berhati-hati kerana AS tidak memberikan tanda-tanda ia tidak akan mengenakan tarif tambahan pada masa depan.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.5280/5338 daripada 5.5443/5486 pada Jumaat, dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0560/0594 daripada 3.0566/0586 minggu lalu.

Ringgit juga mengukuh kepada 4.6042/6095 daripada 4.6208/6247 berbanding euro tetapi merosot berbanding yen kepada 3.7834/7881 daripada 3.7694/7722 sebelumnya. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini