Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan berkurangan terhadap unit tempatan, susulan sentimen pasaran terhadap ringgit yang lemah disebabkan harga minyak global rendah.

Pada 9.41 pagi, ringgit berada pada 4.1790/1830 berbanding dolar AS daripada 4.1730/1760 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata, kemerosotan harga minyak global menjejaskan sentimen belian terhadap unit tempatan dan ini akan memberi impak kepada hasil minyak dan gas negara.

“Penanda aras global niaga hadapan minyak mentah Brent merosot 10 cents untuk ditutup kepada AS$60.82 setong,” katanya.

Sementara itu, ringgit turut diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0624/0658 daripada 3.0596/0623 dan rendah berbanding yen kepada 3.8491/8539 daripada 3.8270/8305 sebelum ini.

Ia susut berbanding pound British kepada 5.4302/4371 daripada 5.4191/4246 semalam dan berkurangan berbanding euro kepada 4.6299/6348 daripada 4.6249/6287.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini