Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dengan dolar kembali meningkat susulan penyiaran data ekonomi AS pada Jumaat yang menunjukkan pengukuhan.

Ekonomi AS kekal kukuh walaupun menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan yang perlahan sebanyak 2.1 peratus pada suku ketiga 2019, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1390/1420 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1420 pada penutupannya Jumaat lalu.

Ketua Strategi Pasaran Asia AxiTrader, Stephen Innes bagaimanapun berkata susulan ketiadaan risiko perdagangan, makro seharus memihak kepada lengkung yang lebih curam di Asia, terutama bagi pulangan yang rendah, dengan peluang untuk meningkat susulan kemasukan mata wang asing menerusi lebih banyak eksport, serta mata wang sensitif kepada ekuiti seperti Won Korea dan ringgit.

"Namun dengan ringgit di lihat ‘murah’ secara relatifnya daripada unit tempatan yang lain, pada penilaian yang lebih rendah antara -3 dan -7 peratus, saya fikir mata wang itu mampu meningkat memasuki 2020," katanya."Namun dengan ringgit di lihat ‘murah’ secara relatifnya daripada unit tempatan yang lain, pada penilaian yang lebih rendah antara -3 dan -7 peratus, saya fikir mata wang itu mampu meningkat memasuki 2020," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Unit tempatan lebih kukuh berbanding euro kepada 4.5844/ 5881 daripada 4.6010/6067 Jumaat lalu, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7813/7851 daripada 3.7842/7889 dan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.3832/3887 daripada 5.3955/3024.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0524/0557 daripada 3.0518/0559 sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Unit tempatan lebih kukuh berbanding euro kepada 4.5844/ 5881 daripada 4.6010/6067 Jumaat lalu, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7813/7851 daripada 3.7842/7889 dan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.3832/3887 daripada 5.3955/3024.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0524/0557
daripada 3.0518/0559 sebelumnya

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini