Ringgit dijangka menyusut minggu depan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dijangka menyusut minggu depan



KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka menyusut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan di tengah-tengah permintaan yang lemah menjelang cuti perayaan Krismas dan Tahun Baharu, bergerak dalam jajaran 4.00 hingga 4.15.

Ketua Strategi Pasaran Asia AxiTrader, Stephen Innes berkata pasaran tempatan dijangka tidak mengalami aliran masuk modal yang besar pada minggu depan, namun, permintaan akan diimbangi oleh faktor-faktor luaran.

Innes menjangka ringgit diniagakan dalam jajaran kecil yang tidak melebihi 4.1550 berbanding dolar AS walaupun persetujuan perdagangan dilihat membuahkan beberapa perkembangan positif.

Sementara itu, penganalisis pasaran FXTM, Han Tan berkata bagi minggu depan, pengumuman data ekonomi yang memaparkan perhatian pelabur termasuk maklumat mengenai kadar pengangguran AS dan jualan rumah, keuntungan perindustrian China, selain inflasi dan pengeluaran industri di Singapura.

Beliau berkata data ekonomi dijangka berpandukan kepada sentimen optimis membabitkan persetujuan perdagangan AS-China yang dijangka ditandatangani bulan depan, dengan pasaran lebih berpendirian mengambil risiko susulan kebimbangan yang berlaku ke atas kelemahan global yang kini semakin suram.

Kalendar ekonomi Malaysia pada minggu depan tidak akan menunjukkan sebarang data tier-1, katanya.

Bagi minggu akan datang, paras sokongan segera bagi dolar US-ringgit berkemungkinan pada 4.12 sekiranya dolar lebih lemah.

“Sebarang kejutan membabitkan pengukuhan dolar boleh menyebabkan dolar AS berbanding ringgit melepasi paras psikologi 4.15, yang mana hampir kepada di mana purata pergerakan 200 hari mata wang itu kini berada, sebelum menyaksikan paras rintangan yang lebih kukuh pada 4.16,” katanya.

Sepanjang minggu, ringgit bergerak antara 4.1370 dan 4.1410 berbanding dolar AS dan mengakhiri minggu ini lebih rendah kepada 4.1380/1420 pada Jumaat daripada 4.1335/1355 pada Jumaat lalu.

Pasaran tempatan dipengaruhi terutamanya oleh faktor-faktor luaran khususnya perkembangan persetujuan perdagangan AS-China selain tindakan pendakwaan ke atas Presiden AS Donald Trump.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0518/0559 berbanding 3.0566/0586, menyusut berbanding pound Britain kepada 5.3955/3024 daripada 5.5443/5486 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6010/6067 daripada 4.6208/6247 sebelum ini.

Bagaimanapun, unit tempatan juga merosot berbanding yen Jepun kepada 3.7842/7889 daripada 3.7694/7722 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini