Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini didorong oleh perkembangan luaran yang positif berikutan laporan bahawa telah bersetuju pada prinsipnya berkenaan terma bagi fasa satu perjanjian perdagangan dengan China, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan didagangkan pada 4.1335/1355 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1580/1610 pada Khamis.

Peniaga itu berkata tarif AS sebanyak 15 peratus ke atas barangan China bernilai AS$160 bilion, yang dijadualkan pada 15 Dis, akan ditangguhkan, yang seterusnya meningkatkan sentimen pasaran global.

Indeks dolar AS turun 0.6 peratus selepas minat risiko global mendapat rangsangan daripada isyarat positif perjanjian perdagangan AS-China dan pilihan raya umum Britain.

Sementara itu berbanding kumpulan mata wang utama lain, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi kecuali pound British, di mana ia susut kepada 5.5443/5486 daripada 5.4815/4871 pada Khamis.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0566/0586 daripada 3.0646/0672, meningkat berbanding yen kepada 3.7694/7722 daripada 3.8256/8287 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6208/6247 daripada 4.6262/6308.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini