Ringgit mengukuh


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini, dengan permintaan lebih baik terhadap nota tempatan dalam keadaan data ekonomi AS semalaman yang tidak menggalakkan.

Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1580/1630 berbanding dolar AS daripada 4.1590/1630 penutup Isnin.

Ketua strategi pasaran Asia di AxiTrader, Stephen Innes, berkata pasaran saham bermula minggu ini agak lemah, sementara S&P 500 turun 0.2 peratus sebelum penutup, dengan penurunan yang sama dilihat di Eropah.

Sementara itu, pulangan bon perbendaharaan 10 tahun AS jatuh sedikit manakala minyak ditutup rendah di sesi dagangan New York.

"Dengan begitu banyak risiko peristiwa minggu ini termasuk Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan dan tarif tambahan AS pada 15 Disember AS; ringgit kelihatan lebih terdorong mengekori pergerakan Yuan," katanya kepada BERNAMA.

Ringgit didagangkan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nota tempatan mengukuh kepada 4.6000/6059 daripada 4.6015/6076 berbanding euro dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0569/0610 daripada 3.0581/0615 penutup Isnin.

Ia mengukuh berbanding yen pada 3.8273/8330 daripada 3.8328/8372 dan menokok pound British kepada 5.4640/4727 daripada 5.4703/4773, sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini