Pilihanraya UK: Beberapa Senario Berbeza Untuk GBP - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Pilihanraya UK: Beberapa Senario Berbeza Untuk GBP


Pound British telah meningkat melepasi $1.30 pada minggu pertama Disember, mencerminkan harapan pasaran. Para pedagang menantikan keputusan Pilihanraya UK pada 12 Disember, mengharapkan kemenangan parti Konservatif. Sungguh pun begitu, kebarangkalian ia menghasilkan parlimen yang tergantung membimbangkan pelabur dan pedagang, membuatkan mereka keliru bagaimana harus mereka posisikan portfolio mereka.

Ada tiga senario berbeza tentang kesudahan yang mungkin terjadi bagi pilihanraya tersebut dan bagaimana ia memberi kesan terhadap pound British. Jika Perdana Menteri UK, Boris Johnson, menang dan Konservatif mendapat majoriti, GBP akan mendaki ke sekitar aras $1.35, menurut analisis bank-bank utama. Johnson menawarkan kepastian tentang Brexit dengan dasar-dasar mesra pasaran beliau.

Senario kedua ialah kemungkinan parlimen yang tergantung. Sekiranya ini berlaku, GBP akan jatuh kembali ke sekitar $1.25. Jika En. Johnson mengekalkan posisi beliau tetapi dengan kerajaan minoriti, kita akan kembali ke satu lagi situasi politik yang kusut.
Akhir sekali, jika En. Jeremy Corbyn menang, walaupun kebarangkaliannya rendah ia akan terjadi, pound akan jatuh ke paras $1.20. Majoriti untuk Parti Buruh bererti Brexit akan kurang berantakan, tetapi risiko lebih tinggi untuk pasaran.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini