FBS - Rakan Perdagangan Rasmi FC Barcelona - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

FBS - Rakan Perdagangan Rasmi FC Barcelona


Semua anggota Pasukan FBS sedang bersorak-sorai dengan lagu-lagu bolasepak di setiap penjuru pejabat untuk meraikan rakan kerjasama rasmi kami yang baru – FC Barcelona. Ya, anda tidak tersilap baca dan kami juga tidak tersilap menulis. Hari ini kami ingin umumkan bahawa FBS adalah rakan perdagangan rasmi bagi kelab bolasepak yang termasyhur.

Kerjasama ini telah dirasmikan di stadium Camp Nou di mana para pegawai dari kedua-dua pihak telah berjabat tangan dan menyatakan harapan mereka tentang matlamat mereka di masa depan. Juliano Belletti, seorang Lagenda Barca sejati, telah menghadiri majlis tersebut. Beliau terkenal sebagai pemain yang menyumbatkan gol kemenangan Barca di perlawanan akhir Champions League tahun 2006.

Kerjasama ini adalah tonggak sejarah dan inspirasi besar buat kami dan, kami berharap, untuk sekalian pelanggan kami juga. Kedua-dua 'kelab' ini berkongsi pendekatan, komitmen terhadap pelanggan, keandalan, dan cita-cita besar. Bagai pinang dibelah dua!

Tidak syak lagi, peristiwa ini akan mencetus peningkatan besar yang baru untuk FBS. Namun kami akan tetap setia di sisi anda.

Disatukan oleh satu matlamat – berdagang untuk kegemilangan!

Ketahui lebih lanjut tentang kerjasama ini.




Mengapa FBS dan FC Barcelona Cocok Bersama
Pencapaian menerusi usaha

Tidak pernah ada juara yang maju tanpa latihan keras. Kejayaan dalam perdagangan juga datang hasil dari latihan dan pembangunan diri, menangani kegagalan dengan matang, dan meraikan kegemilangan. Kami mendidik, mendukung, dan meniupkan semangat ke dalam diri para pelanggan kami. Untuk skor yang lebih baik – untuk urusniaga yang sempurna!




Komitmen kepada pelanggan
Seperti pemain bola sepak yang mahu membuktikan kehandalannya kepada peminat, FBS bersedia untuk mempersonakan para pelanggannya. Kami menghargai maklum balas anda, membangunkan servis yang memuaskan keperluan dan cita-cita kewangan anda, dan segera menyelesaikan masalah anda 24/7 dalam bahasa-bahasa tempatan.

Strategi berjiwa besar dan berwawasan
FC Barcelona ialah sebuah kelab berjiwa besar yang berusaha peningkatan setiap hari dan prestasi yang maksimum. FBS pula menetapkan sasaran dan berusaha mencapainya dengan sabar. Kami sepasukan insan yang berwawasan, yang merancang strategi kami untuk bertahun-tahun ke hadapan, menumpukan fokus kepada perkembangan yang pesat dan meluaskan jenama kami ke wilayah dan demografi yang masih belum menyedari keberadaan kami.




Keunggulan dan takzim
Tiada syarikat yang akan menyerahkan jenama yang gilang gemilang walau berapa pun wang yang ditawarkan. Kedua-dua FC Barcelona dan FBS membuat pelaburan besar bagi imej syarikat dan kehadirannya di persada global. Kami menjamin keterjaminan dana, data peribai, dan ketelusan transaksi di pasaran yang sensitif dengan fraud dan berpersaingan tinggi. FBS ialah sebuah broker berlesen yang dikawal selia oleh CySEC dan IFSC dan ia menawarkan program kesetiaan serta prihatin dengan insan-insan yang memerlukan.




Inovasi
Bola sepak sudah beranjak ke dunia digital menerusi permainan video, striming perlawanan, dan pengiklanan; perdagangan pula memenangi dunia mobiliti menerusi apps. FBS didorong oleh inovasi dan berusaha membangunkan masa depannya dengan berpaksikan mobiliti digital. Kami telah memperkenalkan platform perdagangan kami sendiri, perisian pembantu pengurusan akaun FBS yang sarat dengan maklumat penting perdagangan, serta sebuah medium untuk para pedagang yang mahu meniru urusniaga para pemain terbaik di pasaran.



Dengan falsafah yang jelas dan satu sasaran untuk kejayaan, kami percaya kerjasama ini akan berterusan dan membuahkan hasil yang besar.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini