Ringgit terus ditutup tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit terus ditutup tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan kenaikan semalam untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan perkembangan positif perjanjian perdagangan AS-China yang menyebabkan lebih ramai pelabur beralih kepada aset berisiko.

Pada 6 petang Jumaat 17/1/2020, ringgit berada pada 4.0520/0560 berbanding dolar AS daripada paras 4.0610/0660 ketika ditutup Khamis.

Peniaga berkata ketika ini pelabur sedang menantikan data di seluruh dunia bagi hala tuju tersebut dalam masa terdekat.

Beliau berkata saham dan mata wang Asia bercampur-campur hari ini walaupun pelabur global memberikan isyarat yang positif kepada dua ekonomi terbesar dunia itu.

Jualan runcit AS menokok 0.3 peratus pada Disember manakala kadar pengangguran adalah lebih rendah pada 204,000.

Ekonomi China tumbuh 6.1 peratus pada 2019 dengan mencapai lingkungan sasaran rasmi pada tahun ini, manakala jumlah jualan runcit dan pengeluaran industri melebihi sasaran pada Disember, sekali gus menggambarkan keadaan ekonomi berada pada paras yang rendah.

Secara keseluruhan, ringgit diniagakan paling tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0108/0149 daripada 3.0175/0224 ketika ditutup Khamis dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6776/6816 berbanding 3.6911/6967 semalam.

Mata wang tempatan turut naik berbanding euro kepada 4.5083/5139 daripada 4.5288/5356, namun menyusut daripada pound Britain kepada 5.2895/2963 daripada 5.3004/3082 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini