Kerjasama dengan FC Barcelona – Di Sebalik Tabir - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Kerjasama dengan FC Barcelona – Di Sebalik Tabir


Hari bila mana kerjasama di antara FBS dan FC Barcelona dimeterai secara rasmi kini sebahagian dari sejarah kami. Kami yakin anda mahu mengintai dan melihat jujukan peristiwa yang kami saksikan pada hari tersebut. Nah, jadualnya agak ketat, tetapi masa berlalu sungguh pantas sekali. Sertai kami dan lihat bagaimana hari Jumaat tersebut sungguh mengujakan sekali.

Juliano Haus Belletti - lagenda terkenal Barรงa - telah menemui pasukan kami berhampiran pejabat Barรงa. Pemain ini telah mencipta nama pada tahun 2006 dengan gol kemenangan di perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Paris. Beliau menyantuni kami dengan karismanya yang mempersona dan menjemput kami ke Barรงa Store di Camp Nou – syurga kayangan untuk para penyokong FC Barcelona. Ia padat sekali dengan cenderahati Barรงa dengan kualiti terbaik yang mampu memuaskan hati pelanggan yang paling cerewet sekali pun, dan apa yang lebih penting, anda boleh tempah jersi anda sendiri! Kami dapat angka 10 dan bangga melihat nama FBS di atasnya.


Hentian seterusnya adalah muzium Barรงa yang mempamerkan koleksi unik trofi-trofi Kelab dan bilik interaktif untuk menelusuri tonggak-tonggak bermakna dalam sejarah pasukan ini. Selain dari itu, kami juga dapat melihat sendiri anugerah Golden Ball. Ya benar sekali – anugerah yang dimenangi oleh Messi pada bulan Disember. Sewaktu lawatan ini, kami dapat melihat bagaimana kami berkongsi banyak sekali nilai dengan pasukan ini, baik dari segi penghormatan kepada para pengikut kami, kepimpinan, cita-cita, dan kerja keras untuk mencapai sasaran besar.


Selepas puas mendalami sejarah kelab ini, kami bergerak menuju bilik sidang media untuk kongsikan berita ini kepada dunia.

Josep Pont, Ahli Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab untuk Hal Ehwal Komersil FC Barcelona:

“Kami dengan berbesar hati ingin mengumumkan kerjasama baru dengan FBS, jenama yang terulung di dalam sektornya. Ia satu perjanjian yang akan membantu kami terus berkembang dan maju dengan projek-projek unik sebagai FC Barcelona dan untuk mengukuhkan strategi pengembangan kami di peringkat global, untuk terus menjadi standard bukan sahaja menerusi gaya permainan kami yang dikagumi di seluruh dunia, tetapi juga di dalam bidang kerjasama dan pemasaran sukan.

Seterusnya, di Llotja President Suรฑol, setelah melalui satu tempoh persiapan yang panjang, usaha yang kreatif, dan rundingan, akhirnya usaha ini menemui klimaksnya. Josep Pont Amenรณs, Ahli Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab untuk Hal Ehwal Komersil FC Barcelona, dan Ali Heder, Ketua Pegawai Pemasaran FBS, menandatangani perjanjian dan berjabat tangan untuk meraikan kerjasama keramat ini.


En. Pont telah menegaskan kepentingan gandingan dua pemain global ini dan menyatakan bagaimana secara bersama, kami akan menemui lebih banyak peluang di masa depan. En. Heder pula menyatakan keterujaan beliau dengan perjanjian ini. Beliau menjanjikan kerjasama ini akan menginspirasikan pasukan FBS untuk menghasilkan lebih banyak peraduan, baik untuk pedagang mahupun para peminat FC Barcelona.

Saksikan bagaimana keadaannya:


Sesi foto santai di Camp Nou menyusuli acara bersejarah tersebut, stadium terbesar di Eropah dan tempat keramat untuk semua peminat bolasepak!


Gembira di hati kami bukan alang kepalang bila dua jenama antarabangsa dengan kuasa pengaruh yang besar berpadu tenaga untuk mempromosikan nilai-nilai syarikat dan berkerjasama secara produktif untuk menggabungkan dua komuniti yang terdiri dari jutaan ahli. Acara ini adalah sumber inspirasi yang tak bertepi dan cara yang unik untuk menunjukkan kepada anda bahawa FBS adalah sebuah syarikat yang boleh diandalkan, diikuti, dan dipercayakan.

Keajaiban belum berakhir – teruskan bersama kami!
















Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini