Ringgit cecah paras tinggi lebih sembilan bulan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit cecah paras tinggi lebih sembilan bulan



KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh ke paras tertinggi dalam tempoh lebih sembilan bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan laporan pembayaran gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah daripada dijangkakan menjejaskan dolar.

Ringgit mengukuh 0.3 peratus kepada RM4.0655 sedolar; mencecah paras RM4.0638 sedolar, paras tertinggi sejak 26 Mac 2019.

Pakar Strategi Tukaran Asing dan Makro Global Standard Chartered Bank, Mayank Mishra, berkata dolar AS dijangka menyusut pada 2020, manakala tukaran asing baharu muncul dijangka mencatatkan prestasi lebih baik.

Berdasarkan perangkaan pada Jumaat lalu, belian bersih dana global dalam ekuiti tempatan adalah berjumlah AS$4.3 juta.

Hasil bon Malaysia 10 tahun mencatatkan perubahan kecil dengan berada pada 3.29 peratus selepas jatuh empat mata asas minggu lalu.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini