Ringgit ditutup lebih tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah hari ini ketika pelabur menunggu keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengenai kadar faedah serta laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.

Setakat 6 petang ini, ringgit disebut harga pada 4.0790/0820 berbanding dolar AS daripada 4.0840/0870 sewaktu ditutup, semalam.

Penganalisis berkata, pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed dijangkakan mengekalkan sasaran lingkungan dana persekutuan pada 1.50 peratus sehingga 1.75 peratus tanpa melakukan sebarang perubahan besar-besaran walaupun wujud kebimbangan berhubung penularan coronavirus berkenaan.

Menyentuh prestasi minyak, beliau berkata, harga bahan api itu meningkat semula selepas mengalami penyusutan ketara semalam, didorong oleh pengeluaran yang lebih rendah di AS.

“Ini menamatkan kejatuhan harga selama lima hari berikutan kebimbangan bahawa permintaan minyak akan terjejas akibat peningkatan kebimbangan mengenai penularan coronavirus itu,” katanya.

Setakat petang ini, minyak mentah Brent yang juga penanda aras global berada pada AS$59.27 setong daripada AS$58.05 setong, semalam.

Sementara itu ringgit turut mengukuh berbanding kelompok mata wang lain.

Unit tempatan itu mengukuh kepada 2.9979/9012 berbanding dolar Singapura daripada 3.0052/0076 dan meningkat berbanding yen kepada 3.7408/7446 daripada 3.7526/7557 semalam.

Ringgit turut meningkat berbanding euro kepada 4.4869/4918 daripada 4.4985/5035 dan tinggi berbanding pound kepada 5.3076/3131 daripada 5.3210/3258, semalam. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini