Ringgit semakin kukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit semakin kukuh


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih kukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal susulan keyakinan berhubung perkembangan positif perjanjian perdagangan AS-China.

Penganalisis berkata, harapan untuk kesepakatan perdagangan antara dua gergasi ekonomi itu terus mempengaruhi pasaran tukaran asing.

Ringgit berada pada 4.0880/0930 berbanding dolar AS daripada 4.0890/0920 penutup Selasa.

Pasaran ditutup Rabu sempena Tahun Baharu.

"Persekitaran positif berhubung perjanjian perdagangan mendorong dolar AS didagang lebih rendah sejak Disember 2019," katanya.

Sementara itu, ketua strategi pasaran AxiTrader Asia, Stephen Innes, berkata usaha rangsangan People's Bank of China's (PBoC) membantu merangsang hubungan perdagangan Malaysia dengan China.

“Ia dijangka memanfaatkan ringgit," katanya.

Semalam, PBoC mengumumkan ia akan menurunkan Nisbah Rizab Perlu (RRR) sebanyak 50 mata asas, berkuat kuasa 6 Januari, bagi mengalirkan kecairan asas bernilai RMB800 bilion selain mengurangkan kos pembiayaan bank sebanyak RMB15 bilion setahun, yang akan membantu menurunkan kos pembiayaan ekonomi sebenar.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih lemah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0392/0438 daripada 3.0383/0415 penutup Selasa tetapi meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7601/7658 daripada 3.7645/7683.

Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.4195/4265 daripada 5.3795/3855 dan merosot berbanding euro kepada 4.5859/5932 daripada 4.5850/5888. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini