Unjuran untuk 2020: Kira sampai Empat!



Mari kita lihat apa yang akan terjadi di tahun 2020 dan ramalkan bagaimana keadaannya.
Pertama sekali, kami meramalkan Donald Trump tidak akan berada di Rumah Putih lagi selepas 2020 kerana beliau tidak akan memenangi pilihanraya bulan November ini. Pengundi atas pagar, yang telah memberikan kemenangan kepada En. Trump pada kali nan lalu, berkemungkinan akan tidak mengendahkan beliau kali ini setelah menyaksikan kerenah beliau.

Kedua, kami tidak melihat prospek ekonomi AS akan mengalami kemerosotan pada tahun 2020 walaupun ramai ahli ekonomi telah menyebut tentang senario tersebut. Namun maklum bahawa jika ekonomi AS terus berkembang, ia akan membantu Trump memenangi undian.

Ketiga, kami meramalkan Boris Johnson akan mencapai persepakatan dalam rundingan dagangan dengan Kesatuan Eropah. Beliau mempunyai perancangan dan peluang yang baik untuk mencapainya kerana EU juga akan mencapai manfaat dengan membuang tarif dan kuota.

Akhir sekali, kami meramalkan China akan menjadi peneraju dunia dalam teknologi 5G pada penghujung 2020. Gergasi teknologi China, Huawei, akan mendominasi sektor ini.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini