Usaha Bantuan Kebakaran di Australia – WWF memerlukan Sumbangan Kita - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Usaha Bantuan Kebakaran di Australia – WWF memerlukan Sumbangan Kita


Pada tahun lepas, Australia telah menghadapi bencana besar yang telah menghancurkan hutan belantara yang telah membawa kepada kerosakan pada skala yang besar di negara tersebut. Dalam usaha untuk membantu bencana kebakaran, XM telah menyumbangkan 16,200 AUD$ kepada World Wildlife Fund (WWF), yang bertujuan mengumpul dana sebanyak 30 juta AUD$ untuk Australian Wildlife and Nature Recovery Fund.

Dalam usaha untuk menyokong usaha yang mulia oleh WWF-Australia, sumbangan syarikat kami kepada usaha-usaha bantuan kebakaran adalah tindakan untuk meningkatkan kesedaran dan sumbangan untuk memulihkan hidupan liar dan habitat manusia yang terjejas serta mengatasi kerugian semula jadi yang besar.

Kami mengalu-alukan sumbangan daripada para pelanggan dana rakan niaga kami, sekiranya anda ingin memberikan bantuan.

Sila layari laman web World Wildlife Fund sekiranya anda berminat untuk menderma. -> Layari WWF dan Derma Di Sini

Kebinasaan hutan belantara yang meletus di seluruh Australia pada bulan Jun 2019, mencapai tahap tragis menjelang September dengan api yang tidak terkawal selama berbulan lamanya sehingga awal 2020. Bencana ini merupakan bencana yang paling lama dan terburuk dalam sejarah bencana kebakaran di Australia oleh kerana peningkatan kemarau pada ketika ini menyebabkan kerosakan yang tidak ternilai terutamanya di Queensland, Victoria dan New South Wales. Kerosakan yang tidak pernah dijangka selama ini menghancurkan kira-kira 10 juta hektar semak belukar, hutan dan taman di benua itu, memusnahkan ribuan buah rumah dan lebih satu bilion haiwan terbunuh termasuk spesis yang terancam.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini