Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS


RINGGIT meneruskan aliran meningkat semalam untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan minat untuk mengambil risiko yang lebih baik terhadap mata wang tempatan.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.1290/1320 berbanding dolar AS daripada 4.1320/1350 semalam.

Peniaga berkata, walaupun dolar AS mengukuh berikutan kebimbangan mengenai penularan Covid-19 menjadikan pelabur memilih mata wang Amerika Syarikat itu sebagai mata wang selamat, ringgit mencatatkan prestasi lebih baik menjejaki yuan China yang kukuh.

Katanya, kebanyakan mata wang Asia mengukuh selepas China menyuntik 1.7 trilion yuan (AS$242.74 bilion) melalui repo berbalik untuk mengurangkan impak kepada ekonomi akibat penularan virus itu.

Di peringkat tempatan, katanya pengumuman mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2019 yang dijadualkan hari ini oleh Bank Negara Malaysia akan menyediakan pemangkin pasaran yang baharu.

Ringgit kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9767/9800 daripada 2.9780/9806 semalam, naik berbanding yen Jepun kepada 3.7581/7612 daripada 3.7608/7639 dan menambah berbanding euro kepada 4.5064/5113 daripada 4.5088/5138 semalam.

Mata wang tempatan, bagaimanapun, rendah berbanding pound Britain kepada 5.3491/3547 daripada 5.3456/3511 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini