Analisis fundamental - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Analisis fundamental


Sebelum kita pergi lebih mendalam tentang unsur-unsur utama analisis fundamental, mari kita takrifkan maksud gabungan dua perkataan ini. Analisis fundamental adalah kajian faktor-faktor dasar yang menggerakkan pasaran. Analisis jenis ini adalah berdasarkan kepada data ekonomi dan peristiwa-peristiwa berita. Bila seorang pedagang itu membina suatu strategi, beliau mengambil kira dinamika indikator ekonomi seperti itu, contohnya inflasi, kadar faedah, jualan runcit, data pekerjaan, dsb. Anda akan menemui semua pengumuman-pengumuman data penting di kalendar ekonomi. Kami telah menceritakan tentang perkara ini di dalam sebuah tutorial untuk golongan pemula.

Peristiwa-peristiwa berita itu termasuklah pengumuman oleh gabenor-gabenor; perbincangan isu-isu antara negara, contohnya Brexit; rombakan ahli-ahli anggota kerajaan. Sesetengah berita boleh diramal, manakala selebihnya mustahil – di dalam kes sebegini, para pedagang harus bertindak bersesuaian situasi.

Unsur utama

Satu cabaran bagi analisis fundamental adalah untuk mempelajari cara-cara mentahkik perubahan data ekonomi dan ucapan-ucapan pihak berwajib.

Kami akan jelaskan kepada anda secara lebih terperinci bagaimana perubahan data ekonomi mempengaruhi kadar tukaran matawang dalam pelajaran seterusnya. Namun ingat peraturan logik utamanya: matawang domestik akan menaik jika data ekonomi suatu negara itu semakin baik dan mengatasi jangkaan. Oleh kerana anda berdagang pasangan matawang di mana dua matawang terlibat, anda menggunakan analisis fundamental untuk membandingkan ekonomi negara-negara ini. Negara mana yang lebih kuat, matawang negara itu akan meningkat berbanding negara yang satu lagi.


Ada beribu-ribu faktor yang mempengaruhi kadar tukaran, sungguh banyak sehinggakan anda mungkin akan pening lalat jika anda cuba menganalisa semuanya sekali gus. Tapi jangan bimbang! Kami sentiasa ada untuk membantu anda. Kami berharap dengan tutorial kami, anda akan dengan mudah mempelajari semuanya yang anda perlu tahu tentang analisis fundamental Forex. Okay, kami tidak akan sebukan kepala anda dengan cakap-cakap kosong lagi. Mari kita lakukannya dengan serius.

Kami telah berterus terang dengan anda bila kami katakan ada sangat banyak indikator ekonomi yang boleh mempengaruhi harga suatu matawang. Mujurlah, senarai ini boleh kita pendekkan kepada beberapa indikator utama (mereka dipanggil "penggerak pasaran"). Agar lebih ringkas, kami telah memutuskan untuk membahagi-bahagikannya kepada empat kumpulan. Ketahui apakah ia dalam pelajaran seterusnya.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini