Bank-Bank Pusat Tunduk Kepada Virus Korona (COVID-19) - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bank-Bank Pusat Tunduk Kepada Virus Korona (COVID-19)


Rizab Persekutuan menerajui tindak balas terhadap virus korona di peringkat global. Bertindak secara cemas, ia telah memotong kadar faedah sebanyak 50 bps dan berkata virus yang pantas menular itu "menjadi risiko yang berkembang terhadap aktiviti ekonomi".

Bank Kanada mengikut langkah Fed dan mengurangkan kadar faedahnya kepada 1.25% dari 1.75%. Regulator ini bersedia untuk mengubah suai dasar monetari lebih lanjut untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan inflasi di paras sasaran. Bank Rizab Australia telah memotong kadar utamanya ke paras terendah dalam rekod iaitu 0.5%.

ECB memutuskan untuk memantau situasi ini dan menunggu perkembangan selanjutnya. Sungguh begitu, ia akan berpeluang menyampaikan pendapat mereka pada mesyuarat 12 Mac nanti. Bank of England juga telah mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

Secara keseluruhannya, USD adalah mangsa terbesar situasi ini. Fed mempunyai lebih banyak ruang untuk melonggarkan dasar mereka berbanding bank-bank pusat yang lain. Data NFP yang baik sekali pun tidak banyak membantu matawang Amerika itu.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini