COVID-19: Johnson & Johnson dan Moderna Inc bekerjasama dengan kerajaan AS bangunkan vaksin


NEW YORK: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengadakan perjanjian dengan Johnson & Johnson dan Moderna Inc dengan menyatakan ia sedang berbincang dengan sekurang-kurangnya dua syarikat lain untuk mengembangkan kapasiti pembuatan vaksin mencegah coronavirus baru sebelum vaksin yang selamat dan berkesan tersedia.

Tiada vaksin dijangka selamat untuk digunakan sehingga sekurang-kurangnya pada tahun hadapan, kerana mereka masih perlu memperluaskan ujian pada manusia sebelum diberikan kepada ratusan juta, jika tidak berbilion-bilion individu, untuk mencegah jangkitan.

Pada hari Isnin, J & J mengumumkan perjanjian AS$1 bilion dengan kerajaan AS untuk mewujudkan keupayaan pembuatan yang mencukupi untuk mengeluarkan lebih daripada 1 bilion dos vaksin, dan saham syarikat itu meningkat lebih daripada 7.0 peratus.

Ia sudah memilih calon untuk diuji tetapi tidak akan melakukannya sehingga September.

Moderna, yang pada bulan ini memulakan ujian awal mengenai vaksin pada individu, juga menandatangani perjanjian dengan Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Lanjutan Biomedical (BARDA), sebahagian daripada Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS.

Pengaturan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan persekutuan AS untuk menggalakkan pembuat ubat-ubatan menghasilkan sejumlah besar vaksin COVID-19 meskipun belum ada yang terbukti berkesan.

Usaha J & J akan dibiayai sebahagiannya dengan dana kira-kira AS$ 420 juta daripada BARDA.

Agensi itu memberitahu, ia juga bercadang untuk membelanjakan satu jumlah dana yang tidak didedahkan untuk meningkatkan pengeluaran vaksin.

BARDA merancang untuk membantu lima atau enam calon vaksin percubaan, dengan harapan mempunyai dua atau tiga vaksin yang berjaya, kata Pengarah BARDA Rick Bright dalam wawancara telefon.

Pakar menjangkakan ia mungkin mengambil masa antara 12 hingga 18 bulan sebelum vaksin yang selamat dan berkesan memperoleh kelulusan kawal selia. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini