(COVID-19) – Kemas Kini daripada XM - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

(COVID-19) – Kemas Kini daripada XM



Oleh kerana dunia berhadapan dengan krisis Covid-19, satu tragedi yang belum pernah terjadi sebelum ini yang telah diisytiharkan sebagai pandemik global, kami ingin memaklumkan anda dan berkongsi langkah-langkah yang telah kami ambil untuk memastikan kesinambungan perniagaan dan mengekalkan perkhidmatan piawaian tahap tertinggi yang telah anda pilih untuk kami.

Sebagai sebuah firma global dengan mempunyai pelanggan melebihi 2.5 juta orang, berkunjung ke pelbagai lokasi dan perkhidmatan 24/7, XM terus komited untuk memainkan peranan dalam memastikan tiada sebarang gangguan dalam operasi seharian.

Langkah-langkah yang diambil mencerminkan pertimbangan kami terhadap dua faktor paling penting, iaitu kesihatan dan keselamatan kakitangan kami, dan terus memberi perkhidmatan kepada anda sebagai rakan niaga dan pelanggan kami dengan kecemerlangan yang tiada tandingan.

Secara khususnya, sejak kebelakangan ini kami telah:

1. Membahagikan pasukan untuk acara penting demi memastikan kesinambungan dalam senario yang melampau;

2. Menggesa semua kakitangan kami untuk kekal berada dalam kediaman mereka;

3. Menggunakan jejak global dan keberadaan fizikal kami supaya mempunyai operasi sokongan secara geografi;

4. Menggantung semua perjalanan;

5. Melaksanakan semua mesyuarat dengan pihak ketiga melalui atas talian;

6. Mengikuti langkah-langkah sanitasi secara berhemah.

Walaupun kami mengambil langkah-langkah di atas dengan rapi, memandangkan ianya sesuatu yang semakin merunsingkan dan belum pernah dihadapi sebelum ini, kami akan terus memantau situasi ini untuk meningkatkan langkah berjaga-jaga apabila perlu.

Dalam keadaan yang sangat malang ini, kami juga ingin menggesa anda, rakan niaga dan pelanggan kami untuk mengambil semua langkah kebersihan dan sekatan yang perlu untuk memelihara kesihatan anda dan orang yang tersayang serta membantu menghentikan pandemik ini!

Oleh itu, jadikan pengalaman yang mencabar ini sebagai satu peluang untuk kita menjadi lebih kuat dan baik dalam semua aspek. Terima kasih atas kepercayaan dan kesetiaan anda.

Kekal sihat dan sejahtera.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini