COVID-19: Ringgit berbanding dolar AS susut kepada RM4.30 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

COVID-19: Ringgit berbanding dolar AS susut kepada RM4.30



KUALA LUMPUR: Ringgit terus lemah berbanding dolar Amerika Syarikat untuk berada pada RM4.30 tengahari ini, paras terendah dalam tempoh hampir tiga tahun.

Peniaga berkata, mata wang tempatan meneruskan aliran menurun pada Jumaat lalu di tengah-tengah kebimbangan penularan COVID-19 serta penurunan harga minyak mentah dunia.

Menurut satu kenyataan daripada Kementerian Kesihatan, negara melaporkan peningkatan terbesar kes COVID-19 dalam satu hari sejak wabak itu bermula pada 25 Jan iaitu sebanyak 190 kes pada Ahad.

Jumlah pesakit yang dijangkiti COVID-19 adalah seramai 428 di negara ini, menjadikan Malaysia negara paling teruk terjejas oleh pandemik itu di Asia Tenggara.

Peniaga itu berkata, pasaran ekuiti dan minyak global terjejas disebabkan oleh ketidakpastian apabila para pelabur menilai kesan ekonomi daripada COVID-19 dan perang harga minyak mentah Russia-Arab Saudi yang menyebabkan harga komoditi itu jatuh menjunam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini