Harga minyak terus susut, Brent AS$33 setong - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak terus susut, Brent AS$33 setong


SINGAPURA: Harga minyak jatuh lebih dua peratus di dagangan Asia hari ini berikutan perang antara pengeluar utama, Arab Saudi dan Russia serta peningkatan kebimbangan pandemik COVID-19 akan mencetuskan kemelesetan global.

West Texas Intermediate susut di bawah AS$31 setong, sementara minyak mentah Brent merosot 2.1 peratus di bawah AS$33 setong. berikutan kejatuhan besar semalam.

Kejatuhan juga dicatatkan pasaran saham Asia melanjutkan kelemahan global berikutan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai impak virus terhadap ekonomi dunia.

Pasaran minyak mentah menjunam minggu ini selepas pengeksport terbesar Riyadh memulakan perang harga dengan Russia di tengah-tengah untuk mengurangkan output bagi menyokong sektor tenaga yang terjejas oleh penularan virus.

Kini penularan wabak virus itu menambahkan lagi tekanan penurunan kerana kebimbangan mengenai kemelesetan global menjejaskan tinjauan bagi permintaan meskipun Arab Saudi meningkatkan pengeluaran untuk menguasai pasaran.

Langkah kecemasan oleh bank pusat AS semalam gagal untuk meredakan kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi daripada wabak itu, dengan beberapa saham berdepan kejatuhan terburuk dalam dekad dan harga minyak mentah terus menurun. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini