Jangan takut: cara-cara untuk tidak lagi risau dan mencintai pasaran



Kita boleh ulang topik ini lagi dan lagi, sehingga ia menjadi cukup jelas buat semua orang. Situasi semasa pasaran tidak bererti dunia akan kiamat. Sebaliknya anda harus tarik nafas dalam-dalam dan tenangkan diri. Ya, kejatuhan baru-baru ini amat dramatik, namun pasaran telah membuktikan ia mampu pulih dari kejatuhan yang lebih besar lagi. Dan jangan lupa, kita di sini untuk berdagang. Kita boleh dagangkan aset secara short dan juga long. Dalam perkataan lain, beli pun kita boleh, jual juga
boleh.

Walaupun di waktu pasaran jatuh, pedagang boleh menjana keuntungan.



S&P 500 telah membuat pembetulan ke bawah. Ia satu gerakan yang alamiah: mustahil pasaran boleh bergerak ke atas sepanjang masa. Bila pembetulan berlaku, kita perlu melakukan analisis teknikal dan mengikuti perkembangan berita. Berdagang melawan trend juga boleh menjadi satu strategi.

Buat masa ini, mari kita elakkan dari sisi teknikal persoalan tersebut, dan lihat pada masalah ini di peringkat peribadi. Di bawah, kami bawakan kepada anda beberapa cebisan nasihat yang anda harus ikuti, bukannya menyiar semula tweet palsu dan kemudian panik sendiri.


Elakkan dari aliran berita 24/7


Untuk menstabilkan jiwa anda di waktu goyah begini, kami menyarankan anda untuk mengikuti nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Di dalam laporan mereka, mereka menyarankan orang ramai untuk menjauhkan diri dari menonton/mendengar liputan media yang mencemaskan dan mendapatkan maklumat tentang COVID-19 hanya dari sumber-sumber yang andal (seperti WHO itu sendiri). Para penasihat kewangan pasti peraturan yang sama boleh diaplikasikan bila berurusan dengan pasaran.

Liputan media haruslah tidak berpunca dari pelbagai sumber dalam satu-satu masa. Cuba untuk elakkan tajuk-tajuk clickbait dan ikuti hanya laman-laman web dan akhbar yang boleh dipercayai sahaja. Kebanyakan dari sumber berita cuba untuk mempersembahkan maklumat dalam cara yang memberi impak yang paling kuat seolah-olah mereka peduli tentang penonton dan pelanggan mereka. Secara ringkasnya, mereka hanya pedulikan tentang wang mereka. Anda juga harus peduli tentang wang anda, jadi saring dan buang sumber berita yang tidak semenggah.

Jangan gentar dengan petanda kemerosotan ekonomi

Penularan virus korona telah pun memberikan kesan kepada sektor-sektor ekonomi, termasuk sektor industri dan pelancongan. Itu tidak mengejutkan: justeru dari langkah-langkah kuarantin, orang awam lebih banyak duduk di rumah sahaja. Namun kita boleh katakan dengan pasti bahawa ia tak akan berlanjutan selama-lamanya. Lambat laun, para penyelidik pasti akan menemukan vaksin dan dunia akan kembali pulih. Buat masa ini, pasaran hanya  "pricing in" penularan selanjutnya wabak ini. Harus dinyatakan di sini bahawa China sudah pun melaporkan beberapa kota mereka sudah kembali ke keadaan normal pada masa ini.

Tunggu dan lihat dalam membuat keputusan pelaburan

Jangan lakukan keputusan pelaburan yang anda akan sesali nanti. Adakan perancangan. Analisa risiko-risikonya. Jangan beli tanpa melihat pengesahan bahawa pasaran sudah terlebih dijual. Jangan biarkan emosi anda meranapkan modal anda. Selain dari peraturan-peraturan asas, keadaan semasa memberikan anda peluang besar untuk membeli banyak aset dengan diskaun yang mantap.

Gunakan kemeruwapan

Pedagang yang bijak gunakan masa-masa kemeruwapan tinggi untuk meraih manfaat dari swing besar harga. Yang paling penting anda harus tenang dan rasional, analisa carta, dan teguh berpegang kepada peraturan pengurusan risiko. Ingat bahawa aset-aset perlindungan seperti JPY, CHF, dan XAU (emas) cenderung menguat bila masyarakat awam gusar tentang masa hadapan.

Jangan lupa cuci tangan anda


Tidak ada sesiapa pun yang melihat ketidaktentuan ini sebagai menarik, kerajaan dan penganalisis kedua-duanya hanya mampu menebak apa yang mungkin akan terjadi di masa hadapan. Buat masa ini, perkara yang terbaik untuk dilakukan, selain dari pempelbagaian aset-aset anda, adalah untuk melabur pada kesihatan anda. Peraturan paling asas yang anda harus patuhi adalah mencuci tangan anda, tidak menyentuh wajah anda, dan menjaga diri anda sendiri.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini