Parabolic SAR

Parabolic SAR adalah nama satu perkakas yang ampuh sekali untuk menganalisa trend. SAR bererti "Stop and Reverse" ("Berhenti dan Undur"). Ini bererti indikator ini bukan sahaja boleh menentukan trend tetapi ia juga memberikan isyarat bila tiba waktunya untuk menutup suatu dagangan trend dan mengalihkan pandangan ke arah yang bertentangan pula. Indikator ini dibangunkan oleh J. Welles Wilder yang dikenali kerana mencipta perkakas-perkakas seperti ATR dan RSI.

Cara-cara memasang di carta.

Parabolic SAR terkandung di set default MetaTrader. Anda boleh tambahkannya ke carta dengan mengklik “Insert” – “Indicators” – “Oscillators” dan seterusnya pilih “Parabolic SAR”.


Indikator ini mempunyai 2 parameter yang anda harus tetapkan nilainya: "step" (anak tangga) dan "maximum" (maksimum). Nilai lalai (default) adalah 0.02 dan 0.2 masing-masing. "Step" adalah saiz faktor pecutan (acceleration). Faktor pecutan bermula dengan nilai ini dan kemudian meningkat sebanyak satu saiz step dengan setiap harga tinggi yang baru (atau harga rendah untuk downtrend), sehingga mencapai nilai yang ditakrifkan sebagai parameter "maximum".Anda boleh bermula dengan nilai default parameter dan kemudian melarasnya untuk aset yang anda dagangkan, rangka masa yang anda gunakan, dan gaya berdagang anda. Bergantung kepada pilihan anda, indikator ini boleh jadi lebih atau kurang sensitif kepada perubahan harga. Lebih tinggi faktor pecutan, ia akan bergerak lebih dekat dengan harga. Namun, anda harus berhati-hati untuk tidak menetapkannya dengan nilai yang terlalu tinggi, kerana dalam kes sebegini akan terhasil terlalu banyak signal penyongsangan. Wilder mengesyorkan untuk tidak menetapkan nilai maksimum lebih dari 0.22.

Kaedah mentafsir.

Parabolic sangat mudah digunakan. Ia meletakkan titik-titik yang mentakrifkan trend. Bila titik-titik berada di bawah harga, trend bullish, manakala titik-titik di atas harga memberitahu bahawa trend ialah bearish.Bila trend berubah arah, parabolic berikan signal kemasukan. Ia menandakan penyongsangan bearish bila ia menyilang harga dari bawah ke atas dan membentuk 3 titik yang mencerun ke bawah (descending) di atas candlestick.Signal penyongsangan bullish parabolic adalah bila ia menyilang harga dari atas ke bawah dan membentuk 3 titik berkecerunan menaik (ascending) di bawah kandil.


Indikator ini amat membantu dalam menentukan titik-titik keluar. Solusi yang diberi mudah: anda tutup dagangan beli bila SAR kembali ke atas harga, dan tutup dagangan jual bila Parabolic kembali ke atas harga. Dengan cara ini anda kekalkan posisi terus terbuka hanya di arah pergerakan indikator.Tambahan lagi, Parabolic SAR memberikan satu kerangka kerja untuk "trailing stops" (rentian mengekor). Ketika berada di dalam suatu uptrend, indikator ii akan menaik mengikuti harga yang meningkat. Gerakkan pesanan Renti Rugi anda dari satu titik ke titik seterusnya untuk menghadkan risiko dan mengunci keuntungan yang sedia ada.

Kesimpulan

Parabolic SAR adalah indikator yang ampuh dan unik. Ia terbaik bila digunakan di pasaran yang sedang dalam trend dengan perarakan kandil menaik atau menurun yang panjang. Namun, di pasaran yang bergerak mendatar ke sisi (sideways), ada risiko besar signal yang diperolehi adalah palsu.SAR akan berfungsi dengan baik bila digandingkan dengan indikator-indikator teknikal yang lain, contohnya ADX. Jika ADX mengesahkan kehadiran trend yang kuat, maka anda boleh menggunakan Parabolic SAR dengan lebih yakin.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini