Pola-pola Candlestick



Ada pelbagai pola candlestick yang berbeza. Bila para pedagang dapat mengenal pasti pola-pola ini di carta, mereka bertindak sewajarnya. Kesannya, kebarangkalian suatu aksi harga yang tertentu akan mengikuti pola yang tertentu adalah tinggi.

Para pedagang mengkaji pola-pola candelstick menerusi analisis visual di carta. Terdapat juga pelbagai indikator pengecaman pola untuk MetaTrader. Anda boleh temui perkakas-perkakas ini di internet dan memasangnya di perisian perdagangan anda. Sungguh pun begitu, jikalau pun suatu indikator atau expert advisor menyerlahkan pola tersebut untuk anda, anda masih perlu tahu apa maksud setiap pola tersebut.

Ada dua jenis pola candlestick yang utama: pola-pola penyongsangan (reversal patterns) dan pola-pola penerusan (continuation patterns). Seperti yang sudah jelas dari nama-nama tersebut, mereka menunjukkan arah seterusnya bagi pasaran relatif kepada aksi harga sebelumnya.

Pola-pola penyongsangan mengisyaratkan kebarangkalian besar trend akan berubah arah atau melakukan pembetulan harga (price correction) yang signifikan. Pola-pola ini membantu mengenal pasti titik-titik kemasukan yang mungkin di permulaan suatu trend atau pergerakan melawan trend (counter-trend) yang baru.

Setiap pola penyongsangan berbeda tahap signifikannya. Penting untuk melihat di mana pola itu berlaku dan apa yang berlaku sebelumnya. Pola pengunduran kuat dalam 2 kes:

● Bila trend yang mendahuluinya kuat dan curam

● Jika pola candlestick berlaku berhampiran dengan aras sokongan dan rintangan

Di dalam gambar di bawah, anda boleh lihat contoh signal penyongsangan yang kuat: pola candlestick penyongsangan terbentuk selepas satu uptrend yang kuat.


Pola-pola penerusan  mencadangkan bahawa pasaran akan meneruskan trend sedia ada selepas berehat seketika. Pola-pola ini membantu kita mencari titik kemasukan selari dengan trend, serta memberikan bukti untuk kita mengekalkan posisi yang sudah sedia dibuka atau menambah yang baru.


Sila maklum bahawa pola-pola penyongsangan lebih mudah dicam berbanding pola penerusan. Kesannya, untuk pedagang baru kami cadangkan untuk mula belajar pola ini sebelum pola penyongsangan.Kita juga boleh mengkategorikan pola candlestick kepada bullish dan bearish. Dalam kebanyakan kes, ia adalah imej cermin satu sama lain.Dalam tutorial seterusnya, kami jelaskan pola-pola candlestick penyongsangan dan penerusan yang paling popular.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini