Ringgit kekal lemah, RM4.233 berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kekal lemah, RM4.233 berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penyusutan apabila dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi ini berikutan kebimbangan ketara membabitkan penularan COVID-19 dan kejatuhan harga minyak global, kata peniaga.

Pada 9.07 pagi, ringgit susut kepada 4.2330/2370 daripada paras 4.2130/2170 sewaktu ditutup semalam.

Ketua Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes, berkata kejatuhan harga minyak itu memberi kesan meluas kepada pasaran kewangan berikutan kegagalan persetujuan bekalan minyak antara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Russia pada Jumaat.

“Pasaran kini dalam proses menerima kesan perang harga minyak yang ketara dan menjangkakan kalangan pengeluar bahan api itu akan mengotpimumkan bahagian pasaran masing-masing di tengah-tengah peningkatan permintaan global yang dipacu oleh perkembangan COVID-19 berkenaan," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.

Pada masa ini, minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, meningkat 5.7 peratus kepada AS$36.32 setong.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh berbanding pound kepada 5.5236/5297 daripada 5.5325/5395 dan meningkat berbanding yen kepada 4.0895/0945 daripada 4.1086/1137.

Ia bagaimana pun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0565/0612 daripada 3.0428/0467 dan rendah berbanding euro kepada 4.8176/8238 daripada 4.7982/8044, sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini