Seminar 2020 - Berdagang Dengan Indikator Avramis River - Kuching 14 Mac 2020 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Seminar 2020 - Berdagang Dengan Indikator Avramis River - Kuching 14 Mac 2020



Berdagang dengan Indikator Avramis River

Mengapa penting untuk mengikut aliran pasaran, menilai kekuatan dan kualiti aliran? Apakah indikator yang harus kita guna untuk menilai perbezaan harga menaik dan harga menurun? Bilakah kita harus jangkakan pergerakan harga akan diteruskan?

Kami ingin menjemput para pelanggan baru dan sedia ada kami ke seminar kami yang akan memberikan jawapan kepada semua soalan-soalan ini dan banyak lagi! Ianya akan memperkenalkan salah satu indikator yang hebat kepada peserta seminar iaitu indikator Avramis River yang menggabungkan kekuatan beberapa indikator aliran ke dalam satu indikator.

Semasa seminar, anda akan dapat mempelajari mengapa dagangan swing merupakan gaya dagangan yang popular, apa yang membezakannya dari dagangan harian dan apakah teknik-teknik yang boleh membantu para pelabur atas talian untuk memanfaatkan tindakan harga jangka masa pendek apabila berdagang dalam pelbagai instrumen kewangan.

Bahagian Satu

Selepas anda memperoleh gambaran yang jelas tentang bagaimana pasaran global berfungsi dan faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan aliran dan harga, anda akan memahami mengapa ianya penting untuk menggunakan analisis teknikal. Kami akan mengkhususkan masa yang secukupnya untuk menerangkan kepentingan tahap sokongan dan rintangan, bagaimana anda boleh mentafsir corak carta pelbagai hari, indikator yang anda boleh gunakan untuk mengikuti aliran dan mengenal pasti instrumen bagi aliran yang kuat dan lemah, bagaimana anda boleh menganalisis corak harga dan bagaimana anda boleh menerapkan saiz posisi dagangan yang betul untuk meminimumkan risiko.

Bahagian Dua

Anda juga berpeluang untuk mempelajari cara menggunakan Fibonacci, termasuk Fibonacci retracement, Fibonacci fan dan Fibonacci time zones serta Avramis River untuk menilai kekuatan aliran, merancang titik entri dan keluar pasaran serta menguruskan risiko dengan pesanan henti dan keuntungan.

Hasil Pembelajaran

Memahami faktor-faktor utama yang menggerakkan pasaran global
Ketahui cara menggunakan Fibonacci dalam amalan dagangan
Pelajari cara untuk menghasilkan isyarat entri dan keluar serta menetapkan pesanan henti kerugian dan ambil keuntungan
Ketahui cara menerapkan Avramis River dan menguruskan pendedahan risiko anda



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini