Tiga Pasaran, Peluang Berganda-ganda


Matawang

Bank-bank pusat utama memotong kadar dan mengambil tindakan untuk membantu melegakan keperitan di pasaran kewangan. Rizab Persekutuan telah mencantas kadar mereka kepada hampir sifar peratus dan berkata ia akan menggalakkan pembelian bon sebanyak $700 bilion. Ini negatif buat USD, tetapi memandangkan kekurangan dolar di dalam sistem kewangan global, kejatuhannya mungkin terhad. Ikuti berita kami untuk dapatkan tips-tips intraday.

Minyak Mentah

Minyak Brent telah mengalami minggu yang terburuk sejak 1991, bila WTI menderita dari kerugian terbesar sejak 2008. Minyak menerima pukulan bertubi-tubi: mula-mula ia terkesan dengan virus korona kemudian dengna perselisihan pendapat antara Arab Saudi dan Rusia. Kedua-dua faktor akan terus memberi kesan kepada harga. Hasil dari itu, munasabah untuk menjual ketika pembetulan harga ke atas.

Saham

Wall Street mengalami nasib terburuk sejak "Black Monday" di tahun 1987. S&P 500 mungkin akan cuba untuk pulih, tetapi perlu ada anjakan pada mood pasaran untuk membolehkan lantunan semula yang signifikan. Sebelum itu benar-benar berlaku, perhatikan aras-aras rintangan dan cari pola untuk menjual.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini