(COVID-19) – Kemas Kini daripada XM (2) - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

(COVID-19) – Kemas Kini daripada XM (2)


Impak yang semakin meningkat oleh pandemik global (COVID-19) menyumbang kepada persekitaran pasaran yang tidak menentu dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan ketidaktentuan pasaran, kecairan pasaran yang tipis, spread yang tidak normal dan jurang harga dalam kebanyakan mata wang, komoditi dan pasaran saham secara global.

Berkenaan perkara di atas dan untuk melindungi Pelanggan dan Syarikat kami, XM akan mengambil tindakan termasuk meningkatkan keperluan margin minimum bagi semua posisi dagangan. Apabila mengambil tindakan sedemikian, Syarikat berusaha untuk memaklumkan kepada pelanggan terlebih dahulu, walau bagaimanapun di bawah keadaan pasaran yang tidak normal, syarikat mungkin perlu melaksanakan tindakan ini dalam masa yang singkat atau tanpa sebarang notis.

Pelanggan yang berhasrat untuk mengekalkan posisi dagangan terbuka semasa tempoh ketidaktentuan yang tinggi ini harus memastikan bahawa akaun dagangan mereka dibiayai secukupnya untuk mengelakkan sebarang gangguan daripada kemungkinan untuk margin call dan / atau stop out dalam aktiviti dagangan mereka.

Nota: Untuk melihat keperluan margin yang betul, sila pastikan anda mempunyai Terminal Pelanggan MT4/MT5 XM versi yang terkini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini