Cara-cara mengaut keuntungan ketika pasaran meruwap



Semua orang akur bahawa pandemik CoViD-19 mencetus pantik di seluruh dunia. Banyak industri yang lumpuh, perniagaan gulung tikar, syarikat-syarikat mengurangkan pekerja; semua faktor-faktor ini memberi kesan kepada ekonomi. Masyarakat umum ketakutan dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Mari ketahui cara-cara untuk mengabaikan panik, terus bertenang, dan gunakan masa-masa luang anda ketika menjalani kuarantin untuk menjana keuntungan di waktu pasaran sedang meruap.

Pandemik koronavirus telah menjejaskan banyak sektor, termasuk ekonomi. Para pedagang juga mulai panik dan mulai menukarkan saham dengan USD, yang biasanya dianggap "andal". Orang lain pula melihat perubahan-perubahan di pasaran dan mulai mencairkan aset mereka. Namun itu bukanlah tindakan para pedagang yang profesional. Para pelabur yang pakar terus memantau nadi pasaran untuk mengelak dari terlepas peluang keemasan.

Bertenang, dan fikirkan tentang dana anda


"Bila rasa takut dan tidak tentu arah mendominasi, pasaran bertindak dengan sangat pantas. Dan pada masa ini, kedua-duanya berada di tahap yang lebih dari mencukupi, " kata seorang penganalisis senior di Bankrate.com yang mengkhusus dalam sektor kewangan peribadi. Kesannya, para pedagang lebih gemar melabur di dalam aset-aset yang kurang berisiko.

Hampir setiap tahun, dunia berada di dalam situasi yang kehadirannya tercermin di pasaran ekonomi. Dan setiap kalinya, pasti ada orang yang berasa marah dan cuba menyalahkan segalanya kepada sama ada kerajaan atau ekonomi yang tidak stabil. Manusia berkecenderungan untuk panik. Sebahagiannya adalah manifestasi naluri kita. Namun yang penting adalah untuk kita terus menjaga kewarasan dan ketenangan emosi.

Jawab soalan ini, "Haruskah saya mengalah kepada panik masyarakat dan rugikan semua wang saya?" Tentu sekali tidak. Sebagai pedagang, anda haruslah kalis stres dan sentiasa munasabah. Jadi anda perlu bertenang dan sentiasa fikirkan tentang dana anda. Untuk orang lain, ini waktu yang sukar dan merbahaya; untuk anda — ini waktu yang kaya dengan peluang keemasan. Pasaran sangat meruap sekarang ini, berita baru muncul setiap minit, dan situasi berubah terus-menerus. Bagi para pedagang, inilah lombong emas mereka. Jangan terkeliru dengan spekulasi tentang risiko tinggi dalam perdagangan!

Pastikan sentiasa ada dana di akaun anda


Mengapakah perlu untuk memastikan sentiasa ada wang di akaun anda bila pasaran meruap-ruap? Kerana anda mesti bertindak balas terhadap signal-signal anda dengan pantas bila ia diperlukan. Dalam sesetengah situasi, para pedagang mesti bertindak serta-merta untuk meraih keuntungan. Sebagai contoh, pada 19 Mac, Bank of England memotong kadar faedah dari 0.25% menjadi 0.1%. Pasangan GBP/USD jatuh sebanyak 115 mata. Hanya para pedagang yang mempunyai wang tersedia di akaun mereka sahaja yang bertuah dapat bertindak balas terhadap situasi ini. Mereka dapat melabur dengan sukses dan meraih keuntungan yang lumayan. Poin kami di sini, tidak kira seberapa pantas pasaran berubah, anda sentiasa berpeluang untuk meraih keuntungan di waktu yang tepat.

Jadi, daripada mengeluarkan aset-aset anda, anda harus sentiasa mengadakan sejumlah dana kecemasan di akaun anda dan pantau signal-signal dari penganalisis FBS. Para pedagang yang bijak boleh mengambil kesempatan dari koronavirus dan perubahan pasaran untuk manfaat mereka. Buat masa ini, anda boleh mengawal pasaran dan membesarkan dana anda. Jangan bazirkan masa untuk membuat deposit baru, kekalkan sahaja sebahagian di akaun, pastikan ia tersedia untuk beraksi bila pasaran berubah, dan bertindaklah dengan segera.

Cara-cara untuk menggunakan masa dengan efektif sewaktu kuarantin

Ilmu dan pengetahuan adalah sumber kekuatan yang membantu kita membangun dan matang. Jadi kita anda mahu luangkan sedikit masa berkualiti sewaktu kuarantin, anda boleh pertingkatkan kemahiran berdagang anda di FBS.com. Ada banyak seksyen yang tersedia untuk anda. Sebagai contoh, di Analisis & Pendidikan anda boleh temui banyak informasi berkaitan perdagangan. Berita Forex akan sentiasa melaporkan kepada anda peristiwa-peristiwa penting dunia yang boleh mempengaruhi perdagangan anda. Buku Panduan Forex akan membantu anda mempelajari segalanya tentang Forex, langkah demi langkah. Selain itu, di laman kami anda boleh temui tip untuk pedagang, kalkulator Forex, buku-buku Forex, webinar, video-video tutorial, dan banyak lagi. Gunakan ilmu baru ini untuk meningkatkan kemahiran berdagang anda dan menjadi pedagang yang lebih yakin.

Pedagang yang pintar dan mandiri akan menggunakan sebarang situasi di pasaran dan di dunia sebenar sebagai batu loncatan kejayaan mereka. Beliau tidak akan panik dan lakukan sebarang keputusan yang drastik. Dan FBS pula adalah pembantu yang terbaik dalam dunia perdagangan anda. Jadi mohon bertenang. Raih pendapatan anda dengan selamat bersama FBS.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini