Harga minyak kembali pulih - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak kembali pulih



SINGAPURA: Harga minyak Amerika Syarikat (AS) kembali meningkat pada Rabu selepas permulaan minggu bergelora yang menyaksikan komoditi itu jatuh di bawah paras sifar untuk pertama kalinya berikutan kejutan permintaan yang dicetuskan oleh coronavirus.

Penanda aras AS, West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran Jun meningkat 18.93 peratus kepada AS$13.76 setong, setelah mengalami penurunan besar di New York semalam.

WTI bagi penghantaran Mei merudum ke paras terendah dalam sejarah negatif AS$40.32 apabila peniaga berpusu-pusu menjual sebelum kontraknya berakhir semalam, namun hanya sedikit pembeli dengan kapasiti simpanan diisi dengan pantas.

Penanda aras minyak mentah Eropah, Brent bagi penghantaran Jun menokok 0.98 peratus pada AS$19.52 satu tong, selepas menjunam ke paras terendah 18 tahun hari sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini