Kuarantin Diri dengan FBS: Keselamatan, Kesenangan, Keuntungan

Sedang mengkuarantin diri? Syabas — ini adalah pilihan yang paling selamat buat masa ini. Langkah lain adalah untuk tidak hilang siuman mencari cara untuk menghabiskan masa di rumah. FBS akan membantu anda dalam hal ini! Kami mempunyai beberapa idea agar para pedagang boleh terus sibuk — tentu saja, dengan menghiburkan dan mengembangkan minda;) Berikut adalah senarai perkara yang anda boleh lakukan sebaik setelah membaca artikel ini.

Menonton filem



Yaaaa! Ini secara benar-benar kaedah terbaik untuk menghabiskan masa bila terpaksa duduk di dalam rumah. Satu demi satu filem, marathon 20 episod siri TV atau sinetron — seperti di syurga, ya? Satu-satunya masalah yang tinggal adalah dilema yang paling sukar iaitu memilih filem dan kebarangkalian yang tinggi anda mungkin terpilih filem yang sampah. Sebagai permulaan, berikut adalah tiga filem mengenai perdagangan:

“Wall Street” (1987) — pilihan klasik sepanjang masa.
“Too big to fail” (2011) — tajuknya sahaja sudah hebat, apatah lagi kandungannya.
“The big short” (2015) — pelbagai anugerah yang dimenangi seharusnya memberitahu kita sesuatu mengenainya, bukan?

Sekiranya anda lebih gemarkan siri TV daripada filem yang panjang lebar, tontonlah "Billions" (2016) — sudah empat musim ia diterbitkan setakat ini, dan yang kelima akan menyusul tidak lama lagi. Ianya sesuatu yang anda perlukan sekarang!


Membaca buku



Nah, sekarang anda tidak akan mempunyai alasan untuk tidak mendapatkan buku dan membaca selama beberapa jam. Berikut adalah tiga buku mengenai perdagangan yang anda pasti akan berikan markah yang tinggi untuknya.

“The Prize: The Epic Quest for Oil, Money, and Power” oleh Daniel Yergin (1991) — anggaplah ini sebagai buku yang wajib dibaca.
“The Black Swan” oleh Nassim Nicholas Taleb (2007) — teori yang menjadi kajian bukan sahaja para pedagang, tetapi ramai orang di bidan lain.
“The New Trading for a Living: Psychology, Discipline, Trading Tools and Systems, Risk Control, Trade Management” by Alexander Elder (2014) — wawasan yang boleh mempengaruhi kehidupan dan produktiviti perdagangan anda.


Belajar



Oh ya, ini adalah masa yang tepat untuk mula belajar secara intensif! Ianya menjadi benar-benar seronok apabila anda tidak perlu bangun pagi seawal waktu biasa dan menghabiskan setengah hari di jalan raya. Sekarang, anda boleh menyelidik video-video tutorial dan artikel-artikel analitik dari para penganalisis FBS dan membiasakan diri dengan strategi dan instrumen perdagangan baru. Ia lebih kurang sama seperti kombinasi aktiviti-aktiviti yang telah disebutkan di atas, tetapi versi yang ini lebih berguna untuk kejayaan masa depan anda.

Untuk keselesaan anda, kami telah memutuskan untuk membahagikannya kepada tiga kumpulan — untuk pemula, peringkat pertengahan, dan pedagang berpengalaman! Sekiranya anda tidak yakin anda anda berada di tahap yang mana — ikuti ujian tentang asas-asas Forex.

Pemula
Pendekatan perdagangan Forex yang betul
Memasuki pasaran agak sukar sekiranya anda menggunakan pendekatan yang salah. Ketahui cara-cara untuk memulakan pengembaraan yang menyenangkan di dunia Forex dan kecapi nikmat berdagang.

Jangan takut: cara-cara untuk tidak lagi risau dan mencintai pasaran
Di waktu dunia sedang tidak menentu, banyak orang takut untuk mula berdagang berbanding di waktu-waktu biasa. Jangan begitu — hanya ikuti petua ini dan takluk pasaran.

Enam perkara yang khusus mengenai pasaran pada masa ini
Pasaran telah berubah banyak kerana pelbagai peristiwa yang telah berlaku di seluruh dunia baru-baru ini. Ketahui apa yang telah berubah di pasaran dan apa butirannya sekarang juga.

Panduan lengkap tentang instrumen-instrumen perdagangan
Sebilangan newbies berpendapat bahawa mereka mempunyai peluang perdagangan yang terhad dan boleh meraih manfaat dari pasangan matawang major sahaja. Betapa khilafnya mereka... Jangan hadkan diri anda, dan terokai perkakas-perkakas lain yang mungkin anda sukai dan manfaatkan ia sepenuhnya.

Pertengahan
Psikologi perdagangan
Bagi mereka yang berasa lebih yakin dengan sisi teknikal perdagangan, mempelajari psikologi pedagang adalah sesuatu yang sangat mengujakan. Lihatlah sendiri — ini benar-benar komponen yang penting untuk mencapai kejayaan.

Candlestick Jepun
Kami yakin anda telah melihatnya berkali-kali. Ia tampak cantik. Jika dahulu anda sekadar mengagumi carta candlestick, kini anda boleh mempelajari cara membacanya juga.

Perdagangan intrahari dan gaya-gaya perdagangan yang lain
Oleh kerana anda harus berhati-hati dengan pelaburan jangka panjang buat masa ini, perdagangan intrahari adalah sesuatu yang lebih baik untuk anda pertimbangkan. Namun, ini bukan satu-satunya gaya perdagangan yang boleh menarik perhatian anda. Biasakan diri anda dengan yang lain juga di seksyen "Pertengahan" Buku Panduan Forex kami.

Lanjutan
Tips dan petua untuk berdagang dengan senggang (gaps)
Perkataan "senggang" (gaps) kedengaran seperti negatif, terutama dalam bentuk jamak. Tanggapannya lebih negatif lagi kalau kita sebutkan situasi bila swing harga membentuk senggang tersebut. Walau bagaimanapun, anda boleh meraih keuntungan dari situasi sewaktu senggang muncul. Ketahui bagaimana caranya!

Cara-cara berdagang dengan breakout
Menentukan aras-aras penting adalah sangat penting. Apa itu breakout (penerobosan)? Adakah ia tulen atau palsu? Bagaimana kita harus bertindak balas? Semua soalan ini akan terjawab setelah membaca ulasan dari para penganalisis kami.


Memperoleh pendapatan



Wang tunai adalah artifak dari masa lalu dan ia juga sumber bakteria dan virus. Menyimpan wang di kad bank anda? Pfft, baki anda akan menjadi sifar bila membayar untuk sesuatu semudah hanya satu sentuhan. Bagaimana untuk melindungi diri dan wang anda? Dan malah dapat meraih untung lagi? Dengan berdagang dengan FBS!

Ya! Ini adalah kaedah terbaik untuk menjana wang sambil menjalani PKP! Pasaran sangat tidak stabil sekarang, dan anda mempunyai banyak peluang untuk bermain dengan harga yang berubah-ubah secara gila-gila. Tentunya, bersama broker andalan yang akan memberi anda nasihat yang tidak ternilai.

Instrumen terbaik untuk berdagang pada masa ini adalah:.

USD — terutamanya bila ia adalah EUR/USD;
Minyak — harganya sangat rendah sekarang, mengapa tidak?;
Emas — untung dari pergerakan intrahari harga logam berharga ini;
Pasangan silang — adalah lebih baik untuk mainkan mata wang perlindungan seperti JPY di masa ini — ia semakin tinggi nilainya!

Pasangan eksotik — USD/MXN dan USD/TRY nampaknya terus menguat.
Ingat, ini bukan 100% formula kejayaan anda, dan anda harus bertenang dan mengelak dari sebarang tindakan yang tidak jelas yang diambil tanpa melakukan analisis terlebih dahulu. Tetapi jangan pula lepaskan peluang untuk memanfaatkan sepenuhnya situasi yang ada. Terutamanya semasa duduk berkurung di rumah sekarang ini.


Selamat bergembira dan jaga diri baik-baik!


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini