Top 3 buku perdagangan baharu untuk pemula


"Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama," tulis Lao Tzu ratusan tahun dahulu. Bagaimana pun, bila menyentuh soal perdagangan, langkah pertama agak mencabar namun penting. Harus apa untuk bermula? Mulakan dengan yang mana dahulu? Ke mana harus dituju? Berdozen-dozen buku panduan yang menjelaskan asas-asas perdagangan diterbitkan setiap tahun, dan penting untuk kita memberikan perhatian kepada terbitan-terbitan baru — tips baru, perkakas baru, dan strategi-strategi yang telah teruji semakin banyak dengan berjalannya masa.

Kami telah mememilih tiga buku tentang perdagangan yang baharu sahaja dilancarkan baru-baru ini, dan kami fikir ia mampu membantu anda di peringkat awal kembara Forex anda. Buat masa ini ia tersedia hanya di dalam Bahasa Inggeris — ya, ia amat baru sekali! Tidak mahu menunggu atau tidak punyai masa untuk menghabiskan keseluruhan buku dan mencari alternatif yang padat tetapi memberi manfaat yang sama? Jemput lihat Buku Panduan, video-video tutorial, atau sertai webinar percuma kami! Oh, tiada siapa kata anda mesti pilih hanya satu sahaja, bukan? ;) Jom, mulakannya!


“Forex Trading: The Psychological Bible of Currency. Simple Strategies for Beginners to Achieve More Success and Passive Income Every Day Investing in Fundamentals Markets (Swing, Options, Futures)” oleh Robert Stock (2019)

Forex adalah pasaran yang sebenar. Itulah idea yang amat ringkas namun sangat sentral yang dijadikan sebagai asas buku ini oleh pengarangnya. Anda pasti berfikir bahawa itu terlalu remeh dan tertanya-tanya mengapa pula anda harus berikan perhatian kepadanya. Bagaimana pun, di saat anda mula membaca bab pertama buku ini anda akan mengerti sendiri bahawa kebenaran ini sering tidak ditanggapi orang dengan keseriusan yang sewajarnya.

Memanggil bukunya ini "kitab suci psikologi", sang pengarang menyatakan bahawa aspek psikologi dalam perdagangan dan sikap pedagang itu sendiri tidak kurang pentingnya berbanding kemahiran dan instrumen yang digunakan. Tambahan lagi, kemahiran itu sendiri hanya lahir dari sikap yang betul. Justeru, jika anda memutuskan untuk menceburi pasaran Forex, anda perlu menanggapinya dengan objektif dan awas dengan apa yang anda lakukan.

Robert Stock menjelaskan tentang psikologi perdagangan dan cara-cara membina tabiat untuk berfikir terlebih dahulu. Pasti sekali, bukan keseluruhan isi buku ini tentang hal tersebut sahaja — semua asas-asas, unsur-unsur, strategi, dan prinsip-prinsip analisis diperincikan dengan jelas. Hasilnya, buku ini berbentuk kombinasi tips-tips psikologi dan fakta-fakta yang dijelaskan dengan baik sekali — ramuan "meletup" yang mampu menjadi pencetus semangat yang diperlukan untuk mencapai kejayaan.

Sama ada petua dan peraturan yang dianjurkan oleh Stock berkesan atau tidak, buku ini yang diterbitkan pada bulan November 2019 sudah pun diterima bukan sahaja oleh para pedagang baru tetapi juga para profesional. Ia menyemai kesedaran bahawa betapa pentingnya untuk sentiasa awas bila berdagang, tidak kira seberapa hebat pengalaman anda.


“Forex Trading for Beginners: The Best Techniques to Financial Freedom for A Living and Work From Home Using Simple Strategies, High Probability Method, Psychology For Forex Market bases, In The Zone” dari Robert Zone (2020)

Robert Zone memberikan satu hadiah Tahun Baru yang fantastik buat semua newbies di dunia FX. Buku panduan beliau tentang asas-asas perdagangan yang ditulis dengan terperinci ini diterbitkan pada bulan Januari 2020 dan sudah pun mendapat rating yang tinggi. Nampaknya rating itu benar-benar diberi kerana meritnya — maklumat yang terkandung di dalam buku ini amat berguna untuk semua pedagang yang baru bertatih.

Logika pengarang ini sangat komprehensif. Pertama, anda perlu positif terhadap perkara-perkara yang anda sedang lakukan. Anda yang memutuskan untuk mula berdagang untuk memperbaiki kehidupan anda, benar? Jika ya, silakan nikmati kebebasan anda dan fakta bahawa anda boleh lakukan apa yang anda mahu. Ini kriteria pertama untuk berjaya. Jika tidak, nah, untuk apa kita berada di sini? Kami pasti anda mengerti maksud kami, dan sang pengarang, yang yakin — sikap negatif dan salah faham tentang matlamat anda amat menjejaskan anda.

Kedua, bila berada di dalam mood yang betul, anda akan bersedia untuk menangani semua cabaran dan akan lebih awas dengan semua risiko yang banyak terdapat di pasaran Forex. Ya, ini bukan tempat yang 100% selamat, dan lebih awal anda sedari perkara ini — lebih cepat anda dapat menyelai dunia perdagangan. Zone memberikan unsur-unsur yang penting bagi analisis teknikal dan fundamental, serta meneliti kes-kes urusniaga yang tertentu untuk membolehkan anda memahami onak duri yang sedang menanti anda.

Akhir sekali, dengan bersikap positif, awas dengan semua risiko, dan pandai mengimbas pasaran, anda boleh menguruskan wang dan masa anda. Hasilnya, anda akan dapat meraih keuntungan dengan berdagang secara efisien. Bagus bunyinya, bukan? Justeru itu, bacalah buku ini dengan cermat. Satu-satunya bab yang anda boleh baca hanya sekali lalu adalah bab tentang memilih broker. Anda sudah pun temui broker yang terbaik ;)


“DAY TRADING for Beginners: A Guide To Investment Strategy. How To Create Passive Income. Become a Successful Trader and Start to Make Profit for a Living with Options, Stocks, Forex, Currency Trading” oleh Adam Right (2020)

Pssst, mahu dapatkan keuntungan yang berbaloi dengan kerap setiap hari? Adam Right tahu apa yang anda perlukan. Mahu lakukannya tanpa perlu berusaha atau membangunkan kemahiran anda? Hmmm, lebih baik anda dapatkan buku fantasi — buku ini dari genre yang lain. Di sini anda boleh temui hanya asas-asas berdagang secara harian — yang benar-benar berkesan.

Pengarang buku ini mendakwa bahawa beberapa jam yang digunakan oleh para pedagang profesional untuk berdagang secara harian (day trading) memerlukan latihan berminggu-minggu dan mencuba pelbagai strategi. Ini satu-satunya cara untuk mencapai kejayaan — menerokai satu demi satu teknik, menguasainya semua, dan akhirnya memilih satu yang paling sesuai untuk mereka sebagai pedagang.

Pasti sekali, sebagai pendatang baru di dunia FX yang banyak pancaroba anda harus berhati-hati. Justeru, menggunakan akaun demo adalah cara terbaik untuk menguji semua strategi perdagangan harian. Nasihat yang munasabah, bukan? Buku Adam Right ini penuh dengan nasihat sebegini — terdapat 100 halaman yang penuh dengan semua info berkaitan, termasuk kelebihan dan kekurangan perdagangan harian, tips analisis teknikal, kaedah mengenal pasti masa terbaik untuk memulakan urusniaga, dsb.

Sebagai penutup kata, panduan ini disyorkan untuk mereka yang tidak mudah jemu belajar dan sanggup berkerja keras dan mahu mengkhusus dalam "day trading". Setelah melihat nama keluarga pengarang ini, anda harus berikan peluang kepada buku ini ;)





Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini