Permintaan lemah, ringgit dibuka rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi dagangan awal hari ini berikutan permintaan lemah terhadap mata wang tempatan itu apabila sentimen belian terjejas oleh penurunan harga minyak global.

Pada 9.45 pagi, unit tempatan berada pada 4.3400/3520 berbanding dolar AS daripada 4.2950/2050 pada Khamis minggu lalu.

Seorang peniaga berkata, sentimen pasaran terhadap ringgit terjejas oleh penurunan harga minyak berikutan kebimbangan lebihan minyak global berterusan ekoran ketegangan perdagangan yang tercetus semula antara AS-China yang dilihat akan melambatkan lagi pemulihan ekonomi.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) turun 7.6 peratus kepada AS$18.27 setong manakala penanda aras minyak mentah global Brent susut 3.4 peratus kepada AS$25.54 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0596/0691 daripada 3.0461/0543, susut berbanding yen kepada 4.0652/0772 daripada 4.0253/0358.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.4076/4235 daripada 5.3675/3808 dan jatuh berbanding euro kepada 4.7527/7672 daripada 4.6639/6765.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini