Ringgit ditutup lebih lemah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih lemah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih lemah minggu ini susulan kebimbangan terhadap pemulihan yang diterajui kepenggunaan slepas data jualan runcit China tersasar daripada jangkaan, kata seorang peniaga.

Ketua strategi pasaran global syarikat perkhidmatan kewangan AxiCorp, Stephen Innes, berkata pelabur menjauhkan diri daripada mata wang Asia kerana khuatir dengan risiko ketengangan Amerika Syarikat (AS)-China yang boleh memuncak semula di tengah-tengah pemulihan daripada pandemik global.

Pada 6 petang, unit tempatan jatuh kepada 4.3480/3540 berbanding dolar AS daripada 4.3360/3410 yang direkodkan semalam.

Katanya, dolar AS menyusut selepas berada pada tahap tertinggi selama dua minggu memandangkan saham-saham mula melonjak akibat peningkatan harga minyak, sambil menambah bahawa harga minyak mentah Brent menokok sebanyak 1.64 peratus kepada AS$31.64 setong.

"Kerugian dalam ringgit, bagaimanapun, diimbangi dengan harga minyak yang lebih baik iaitu 1.64 peratus lebih tinggi pada AS$31.64 setong, dan dibantu oleh kejutan positif mengenai keluaran dalam negeri kasar suku pertama negara," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit ditutup lebih rendah berbanding dengan sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0542/0591 daripada 3.0503/0547 semalam dan menyusut berbanding yen Jepun kepada 4.0605/0673 daripada 4.0569/0627.

Ringgit juga jatuh berbanding euro kepada 4.7011/7084 daripada 4.6859/6931 dan turun berbanding pound British kepada 5.3067/3154 daripada 5.3003/3069.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini