Ringgit kembali rendah, kurang minat belian - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kembali rendah, kurang minat belian


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan minat belian.

Pada 9.06 pagi, unit tempatan disebut pada 4.3430/3530 berbanding dolar AS daripada 4.3360/3410 ketika ditutup semalam.

Ketua Pakar Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes, berkata sentimen boleh berubah menjadi lebih baik dengan didorong data laporan jualan runcit China yang akan dikeluarkan pagi ini.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan rendah berbanding pound Britain kepada 5.3063/3194 daripada 5.3003/3069 ketika ditutup pada Khamis dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0490/0567 daripada 3.0503/0547.

Ringgit tinggi berbanding yen Jepun kepada 4.0453/0553 daripada 4.0569/0627 semalam dan turun berbanding euro kepada 4.6917/7030 daripada 4.6859/6931.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini