Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS hari ini, seiring dengan pasaran Asia lain ketika dolar terus lemah berikutan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya gelombang kedua penularan COVID-19 di negara maju itu.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada paras 4.2600/2660 berbanding 4.2730/2780 sewaktu ditutup semalam.

Seorang penganalisis menyifatkan dolar AS diasak tekanan selepas pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) membatalkan status penggunaan hydroxychloroquine - ubat yang dilabelkan oleh Presiden Donald Trump sebagai penawar COVID-19.

"Berikutan ketiadaan ubat itu, peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan COVID-19 dan kadar pengangguran di AS hanya melemahkan lagi dolar tersebut," katanya.

Pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) sebelum ini menggambarkan keadaan ekonomi lebih suram dan mengakui sistem kewangan negara maju itu dalam keadaan tertekan susulan pandemik COVID-19.

Malah, kemungkinan AS mencatat pertumbuhan stabil serta pasaran buruh yang terkawal juga sukar dipastikan pada masa ini.

Dalam pada itu, mata wang Asia seperti bhat Thailand, yen Jepun dan won Korea Selatan juga meningkat berbanding dolar AS hari ini.

Sementara itu, berbanding kumpulan mata wang lain, ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0696/0737 daripada 3.0620/0662 sewaktu ditutup semalam.

Ringgit juga susut berbanding pound Britain pada 5.3867/3935 daripada 5.3571/3655 sebelumnya.

Berbanding yen Jepun, ringgit mengukuh kepada 3.9721/9778 daripada 3.9816/9870 namun susut berbanding euro kepada 4.8337/8398 daripada 4.8067 / 8128 semalam. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini