Apakah Kaitan Di Antara Minyak, Emas, Dan Inflasi? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Apakah Kaitan Di Antara Minyak, Emas, Dan Inflasi?


Bila harga minyak mentah meningkat, harga petrol, diesel, dan barangan lain ikut meningkat. Ini menjurus kepada penurunan perbelanjaan pengguna kerana kos hidup meningkat. Jika ia berterusan meningkat seperti ini, inflasi akhirnya akan meningkat kerana harga barangan dan servis semakin mahal dan nilai wang semakin jatuh.

Inflasi yang tinggi akan membawa kepada harga emas yang lebih tinggi, kerana ramai yang cenderung membeli logam berharga ini sebagai lindung nilai melawan inflasi, untuk mempertahankan nilai simpanan dan tunai mereka.

Justeru itu, harga emas bergantung kepada inflasi dan sentimen pasaran. Emas adalah aset perlindungan di waktu krisis, tidak seperti minyak, yang dianggap sebagai aset risiko. Kita boleh saksikan hal ini sekarang: harga minyak telah meningkat ke paras tertinggi sejak 2011 disebabkan oleh pandemik.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini