Ringgit dibuka tidak berubah, pasaran lengang



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini dalam suasana pasaran yang lengang, sejajar dengan mata wang ASEAN yang lain.

Pada pukul 9.11 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.2830/2880 berbanding 4.2830/2890 semalam.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata masalah utama ringgit ialah daya tarikan yang berterusan untuk dolar kerana ia berkaitan secara umumnya dengan risiko Asia berikutan kebimbangan geopolitik di Hong Kong dan kemunculan semula COVID-19.

Sementara itu, ringgit diniaga kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3370/3450 daripada 5.3597/3690 semalam dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0685/0738 daripada 3.0751/0799.

Mata wang tempatan juga tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.9823/9881 daripada 3.9857/9924 pada Khamis tetapi rendah berbanding euro pada 4.8145/8214 daripada 4.8007/8068.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini