Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, RM4.25



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran peningkatannya apabila dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong terutamanya oleh kelemahan mata wang Amerika Syarikat itu serta harga minyak yang stabil, kata penganalisis.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan berakhir pada 4.2500/2560 berbanding dolar US daripada 4.2505/2545 semalam.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata ketegangan Washington-Beijing yang meruncing turut meningkatkan lagi risiko yang dihadapi oleh pelabur menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat tidak lama lagi.

"Pasaran perlu bersedia untuk menyaksikan lebih banyak perkembangan akan datang, walaupun selepas Presiden Donald Trump tidak lagi berkuasa di Rumah Putih. Malah, kemungkinan Joe Biden mengambil alih pentadbiran juga dijangka tidak akan mengubah hala tuju bagi meredakan hubungan China-Amerika Syarikat," kata Innes dalam nota penyelidikannya.

Selain itu, Innes berkata, walaupun dolar AS-renminbi diniagakan pada paras melebihi 7.01, pasaran mata wang berkemungkinan besar menangguhkan penjualan dolar US berikutan pedagang cenderung untuk mencatat keuntungan susulan penyusutan seterusnya.

Dalam pada itu, minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, diniagakan menokok 0.14 peratus kepada AS$44.35 setong, setakat ini.

Ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0670/0716 daripada 3.0692/0725 pada Rabu dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.9660/9724 daripada 3.9721/9769.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding euro kepada 4.9160/9233 daripada 4.9064/9127 semalam dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.4090/4175 daripada 5.3871/3930 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini