Pedagang terbaik pertandingan sebenar Supercharged OctaFX menerima ganjaran
Pertandingan sebenar Supercharged OctaFX telah berlangsung selama 1.5 tahun, dan kini tibalah masa untuk kami mengumumkan pemenangnya! 3,179 pedagang telah mengambil bahagian dalam pertandingan sengit ini, yang merangkumi 20 pusingan yang dinantikan dengan hadiah lumayan.
Pasukan OctaFX ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pedagang yang turut serta dalam pertandingan ini. Kami amat berbangga untuk mengumumkan nama-nama pemenang untuk menerima ganjaran menarik yang telah kami sediakan:
- Tesla Model S, kereta hatchback yang dijana oleh kuasa elektrik sepenuhnya telah berjaya dipandu pulang oleh Syed Yazid dari Malaysia
- BMW i3, kereta elektrik dengan gaya urban ini adalah menjadi milik pemandu bertuah Chin Heung dari Hong Kong
- Renault Twizy, kenderaan elektrik bandaraya yang dipacu oleh kuasa bateri ini jatuh ke tangan Budi Santoso dari Indonesia
- Apple iMac terbaru diterima oleh Daniel Abella dari Sepanyol
- Apple MacBook Pro terbaru diterima oleh Satriya Agung Wibowo dari Indonesia
- Apple MacBook Air terbaru diterima oleh Erwin Agung Prasetyo dari Indonesia
- Apple Mac Mini terbaru diterima oleh Motie Hayajneh dari Jordan
- Apple iPad terbaru diterima oleh Jia Qi Guo dari China
- Apple iPhone 6s Plus menjadi habuan Dira Septria Dwi Sari dari Indonesia
- iPhone 6s diterima oleh Yohanes Prayoga dari Indonesia
Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, lawati Laman keputusan pertandingan sebenar Supercharged dan saksikan video saat-saat nama pemenang diumumkan. Teruskan bersama kami untuk membaca kisah-kisah kejayaan daripada para pemenang bertuah!
OctaFX berharap anda gembira atas penyertaan dalam pertandingan sebenar Supercharged ini. Teruskan bersama kami untuk menjadi antara yang pertama untuk mengetahui tentang pertandingan dan promosi daripada kami!