Kami amat berbangga untuk mengumumkan pelancaran Khidmat PAMM baru kami.* Perkhidmatan baharu ini dapat memudahkan hubungan antara Pedagang Mahir (Pakar) & Pelabur (Pengikut) yang berminat.
Oleh itu, sekiranya anda masih baru mula untuk berdagang atau tiada masa untuk menguruskan pelaburan anda - Ikuti Pakar PAMM dan terokai potensi kejayaan dagangan anda!

PAMM merupakan model Pengurusan Peruntukan Peratusan.
Khidmat FXPRIMUS PAMM ini menawarkan peluang kepada Pakar untuk mempamerkan prestasi mereka kepada puluhan ribu pelanggan FXPRIMUS yang sentiasa memerlukan perkhidmatan pelaburan berkenaan. Pada masa yang sama, khidmat PAMM turut memberikan fleksibiliti kepada Pelabur untuk memilih Pakar yang memenuhi kriteria tertentu yang mereka tentukan dari perspektif prestasi dan pengurusan risiko. Pelabur kini mempunyai kawalan penuh terhadap deposit dan pengeluaran mereka, malah semua yuran dan komisen dinyatakan dengan jelas, tanpa sebarang caj tersembunyi yang memeranjatkan. Selain itu, FXPRIMUS PAMM turut memerlukan Pakar untuk memperdagangkan dana mereka sendiri, demi meningkatkan keyakinan terhadap para Pelabur bahawa objektif Pengurus berkenaan adalah selaras dengan matlamat mereka sendiri.

