Seminar & Bengkel Formula Dagangan Terbaik FXTM di Malaysia - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Seminar & Bengkel Formula Dagangan Terbaik FXTM di Malaysia



FXTM berjaya mengadakan Siri Ultimate Formula Dagangan dengan Prof. Andreas Thalassinos, yang dibawakan oleh Rakan Kongsi FXTM. Seminar dan bengkel 3 hari bagi Siri Ultimate Formula Dagangan telah disambut dengan meriah sekali di Malaysia. Ketua Pendidikan FXTM telah menyampaikan seminar ini pada hari Sabtu, 8 Oktober 2016 di hotel lima bintang Sheraton Hotel di Kuala Lumpur, sebelum mengadakan bengkel tertutup 3 hari di Pusat Latihan FXTM dari hari Isnin, 10 Oktober 2016 hingga hari Rabu, 12 Oktober 2016.

 

Para pedagang mendapat peluang eksklusif untuk menyertai sesi interaktif dengan Guru Forex yang sebenar dan mendengar pengalaman dan wawasan beliau, termasuk formula dagangan terbaik, memahami nombor Fibonacci dan cara mengurus risiko dengan betul.

Di seminar ini, para peserta berpeluang untuk:

  • Memahami cara membangunkan strategi dagangan yang berkesan
  • Mempelajari cara mengenal pasti titik masuk & keluar yang mempunyai kebarangkalian tinggi
  • Memenangi hadiah wang tunai daripada Rafel Cabutan Bertuah kami dan menerima sijil.
Bengkel tertutup 3 Hari ini memberikan peluang kepada peserta untuk:

  • Menyelidik dengan lebih mendalam tentang analisis teknikal
  • Berlatih cara-cara memaksimumkan keuntungan dagangan yang berpotensi
  • Mendapatkan gambaran yang komprehensif tentang Formula Dagangan Terbaik
  • Mendapat maklum balas peribadi daripada Guru
Antara seminar dan bengkel Formula Dagangan Terbaik, FXTM juga menganjurkan bengkel sehari eksklusif pada hari Ahad, 9 Oktober 2016 yang memberi peluang kepada peminat dan pelanggan baru forex untuk diperkenalkan dengan Profesor dan pengajaran beliau, serta kepada FXTM sebagai broker terkemuka.

Semua tiga acara ini memdapat sambutan yang sangat baik dan positif daripada para peserta, mendorong FXTM untuk meneruskan misi terasnya dalam menyebarkan pengetahuan dagangan di seluruh dunia.




 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 














































































































































Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini