Gambar : Majlis Kemuncak XM Malaysia Grand Gala 2016 Di Kuala Lumpur Yang Mempersonakan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Gambar : Majlis Kemuncak XM Malaysia Grand Gala 2016 Di Kuala Lumpur Yang Mempersonakan


Salah satu acara yang sangat dinanti-nantikan berlangsung dengan jayanya di Kuala Lumpur pada 5hb November tahun ini: Kemuncak Makan Malam Gala XM.

Kakitangan syarikat yang diketuai oleh pihak pengurusan tertinggi datang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan para pelanggan yang hadir di majlis yang diadakan di Mandarin Oriental bertempat di ibu negara Malaysia.

Malam gala yang penuh keceriaan dan warna warni ini diserikan lagi dengan magik, komedi dan himpunan musik secara langsung, menyaksikan sebuah malam yang penuh glamor untuk para tetamu yang meraikan kami dengan kehadiran mereka.

Makan malam mewah dan persembahan langsung yang diikuti dengan Cabutan Bertuah XM menampilkan sebuah model baru Nissan Almera sebagai hadiah utama, juga hadiah-hadiah lain yang bernilai lebih $25,000 buat pemenang bertuah. Undian pada malam tersebut menambahkan lagi keseronokan sewaktu pemenang-pemenang diumumkan.

Kami sangat gembira kerana dapat beramah mesra dengan pelanggan kami di majlis yang istimewa ini dan kami amat berterima kasih kepada semua yang hadir di Kuala Lumpur tempoh hari. Bagi pihak XM, kami juga mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang Cabutan Bertuah.


 
 
 

 




 














 









 









 









 









 









 









 









 










 









 





























 









 








 









 









 









 









 









 









 









 









 










 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini