Pada 20hb May 2017, Kuala Lumpur, Malaysia sekali lagi menjadi destinasi XM
untuk menganjurkan satu seminar forex percuma dalam analisis teknikal
untuk dagangan.
Dianjurkan di Hotel Sheraton
Imperial Kuala Lumpur, seminar ini telah direka untuk pelabur online
yang berminat untuk mendapatkan maklumat yang praktikal tentang
indikator teknikal dan strategi untuk menggunakannya dalam sistem yang
mengikut trend.
Penyampai acara Mario Pashardes, Ketua Ahli Strategi Pemasaran
Tradepedia, memberikan pembentangan professional kepada para hadirin
mengenai dagangan forex dan lain-lain instrumen kewangan melalui
penggunaan Ichimoku Kinko Hyo dan indikator Avramis River.
Peserta seminar juga diperkenalkan dengan pelbagai cara yang digunakan
untuk mengenalpasti kekuatan dan kualiti trend, termasuk cara-cara untuk
meningkatkan hasil dagangan dengan memahami mekanisme indikator
teknikal ketika menganalisis corak harga dan trend.
Acara ini bukan sahaja memberikan satu set maklumat terkini tentang
teknik-teknik dagangan forex kepada para peserta, ia juga merupakan
kesempatan yang baik untuk kami bertemu dengan pelanggan-pelanggan
secara peribadi dan berbincang tentang keperluan pelaburan online mereka
di XM.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyertai
kami untuk seminar satu hari di Kuala Lumpur dan kami berharap untuk
kembali semula ke Malaysia tidak lama lagi.
Untuk melihat maklumat lanjut tentang seminar dagangan forex XM yang akan datang di Malaysia dan pendaftaran awal, sila klik sini.