FXTM Mengumumkan Kaedah Pembayaran Teknologi Tinggi Bitcoin - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

FXTM Mengumumkan Kaedah Pembayaran Teknologi Tinggi Bitcoin



Selaras dengan fokus berterusan kami terhadap inovasi dan khidmat pelanggan yang cemerlang, FXTM dengan gembiranya mengumumkan bahawa kini kami menerima Bitcoin sebagai kaedah pendanaan.



Mata wang kripto ini semakin popular dan pedagang di seluruh dunia semakin bergantung terhadap mata wang tidak bertambat ini. FXTM bekerjasama dengan BitPay, pemproses pembayaran yang berpengalaman dan dipercayai, untuk memberi pelanggan kaedah pembayaran yang selamat, boleh dipercayai dan inovatif kepada kedua-dua deposit dan pengeluaran dana.

Mula menggunakan bitcoin untuk mengurus dana anda hari ini dan mendapat manfaat daripada:

Pemindahan kos rendah dengan tiada penglibatan daripada pihak lain.
Perlindungan daripada penipuan bayaran balik dan kecurian identiti.
Deposit dan pengeluaran pantas di seluruh dunia.
Kaedah pembayaran terkemuka dalam pasaran.
Perkembangan baru ini satu lagi contoh yang menunjukkan komitmen FXTM terhadap kepantasan, khidmat pelanggan dan inovasi. Masih belum berdagang dengan broker yang memenangi anugerah global? Buka akaun anda hari ini!



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini