90 matawang kripto di MT5 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

90 matawang kripto di MT5


FBS sekarang menawarkan kepada anda lebih banyak peluang menarik. Anda menggunakan MetaTrader 5? Mulai dari sekarang, anda boleh melihat dan menganalisa sebutharga dari 90 matawang kripto di terminal ini.

Sekarang anda boleh:

• Melihat matawang kripto dalam sebarang kombinasi (contohnya, bagaimana Bitcoin didagangkan melawan Litecoin).

• Melakukan analisis teknikal

• Menggunakan rangka masa yang tidak konvensional seperti M3 dan M20.

Mari kita terokai setiap pilihan secara terperinci.

Reka suai simbol khas di MT5

Untuk berdagang di MetaTrader 5, anda perlukan akaun khusus MT5. Anda boleh membukanya di laman peribadi, di FBS.com.


Log masuk di MT5 dan buka tetingkap “Market Watch”. Klik kanan di tetingkap dan tekan “Show All” untuk memaparkan semua 90 matawang kripto di dalam senarai instrumen perdagangan. Bila anda klik butang “New chart”, anda akan lihat kategori yang dipanggil “Crypto”.

Tetapan lalai simbol matawang kripto menunjukkan harganya melawan dolar AS. Namun, anda tidak terhad kepada senarai ini. Anda boleh mereka suai sebuah simbol khas anda sendiri, yang menggabungkan dua matawang kripto di dalam sebuah pasangan baru. Sebagai contoh, mari kita lihat apa yang anda perlu lakukan untuk melihat dinamik Litecoin melawan Bitcoin.

Buka tetingkap “Symbols” dengan mengklik butang kanan tetikus di tetingkap “Market Watch” dan pilih matawang kripto yang anda mahu gunakan pada simbol khusus buatan anda, kita ambil Litecoin_ sebagai contoh. Klik “Create Custom Symbol” dan tetapkan nama simbol baru sebagai:

Litecoin/Bitcoin. Kemudian anda harus tetapkan formula mengira sebutharga: sambungkan dua matawang kripto yang anda pilih dengan tanda bahagi (/): Litecoin_/Bitcoin_. Klik “OK”. Platform akan menjana tick bagi setiap instrumen baru secara masa nyata.

Contoh. Untuk melihat carta yang menunjukkan harga Litecoin berbanding Bitcoin, reka suai simbol khas berikut:




Analisis Teknikal
Jika anda mempunyai carta apa-apa aset kewangan, anda mengunjurkan harga masa hadapannya menggunakan analisis teknikal. Matawang kripto tidak terkecuali – analisis teknikal berkesan di pasaran ini.

Di MT5, anda boleh gunakan perkakas berikut untuk analisis teknikal:
• Indikator teknikal – untuk menentukan trend dan pembetulan.
• Perkakas garisan – untuk melukis aras sokongan dan rintangan.
• Pola carta dan candlestick – untuk mendapat idea perdagangan.
Anda boleh mengakses indikator teknikal dan perkakas garisan menerusi “Insert” – “Indicators”, dan juga “Insert” – “Objects”. Untuk mengubah jenis carta kepada candlestick, klik kanan di tetingkap carta atau cari butang khasnya di toolbar standard.

Rangka masa
MT5 menawarkan pilihan luas untuk rangka masa, supaya anda akan boleh mengkaji pasaran dari perspektif yang sesuai dengan anda.



Ada satu toolbar khas yang dipanggil “Timeframes”. Jika ia tidak kelihatan, klik View” – “Toolbars” – dan pilih “Timeframes”. Jika anda mahu rangka masa selain daripada apa yang ada di toolbar ini, klik kanan padanya dan pilih “Customize”. Sistem akan menawarkan anda lebih banyak pilihan, seperti M2, M20 atau H8.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini