Mengapa Forex Satu Pilihan Pelaburan Hebat Untuk Generasi Milenial? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Mengapa Forex Satu Pilihan Pelaburan Hebat Untuk Generasi Milenial?


Kita semua telah mendengar mengenai mereka… Generasi Milenial, juga dikenali sebagai Generasi Y. Tidak terdapat tarikh tepat untuk mendefinisikan sama ada anda adalah atau bukan sebahagian daripada kumpulan generasi ini, tetapi jika anda dilahirkan di antara 1980an dan pertengahan -1990an maka anda paling berkemungkinan di dalam kumpulan ini.

Jangan bimbang, tiada yang salah menjadi generasi milenial. Tetapi saya sepenuhnya memahaminya, kumpulan umur ini tidak membina reputasi yang baik di kalangan para majikan, walaupun perkara ini secara perlahan mula berubah.

Hakikatnya adalah generasi milenial adalah bersemangat bebas. Mereka adalah orang yang benci terikat dengan struktur dan berkompromi yang tidak perlu dengan syarikat-syarikat. Fleksibel adalah nama kedua mereka dan Starbucks adalah nama mereka yang ketiga. Instagram adalah sekadar tambahan daripada tubuh mereka.


Dan pastinya, generasi milenial tentunya bukan sebahagian daripada stereotaip kewangan daripada apa yang akan menjadi 'trader' Forex yang hebat. Tetapi mereka boleh dan saya akan menerangkan kepada anda mengapa:

Forex adalah kesemuanya mengenai fleksibel
Jika terdapat sejenis pelaburan yang boleh dipanggil fleksibel ia adalah Forex. Anda hanya perlu sambungan internet dan anda sudah sedia untuk berdagang. Ya, SEMUDAH ITU.
Oh, dan telahkah saya nyatakan yang anda boleh berdagang bila-bila masa dari Isnin ke Jumaat? Jadi, tidak kira jika anda seorang yang bekerja awal atau lewat malam, anda pilih bila untuk duduk bekerja dengan pelabiran anda.

Forex adalah pelaburan DIY
Sila letakkannya begini, jika anda adalah generasi milenial dan anda gemarkan panduan DIY di dalam Pinterest tentang bagaimana membuat meja kopi dengan tin Coca-Cola, maka Forex adalah jenis pelaburan anda. Mengapa? Sebab anda boleh mempelajari bagaimana untuk berdagang semuanya sendiri dari rumah, atau di mana sahaja anda mahu.

Ia tidak rumit. Hanya cari beberapa sumber-sumber terkenal dan tetap dengan mereka. Membuat perancangan dan praktis setiap hari dengan akaun demo untuk kira-kira 3 bulan. Sekali anda memahami yang kemahiran dagangan anda sudag cukup kukuh untuk tidak membuat kesilapan bodoh, itulah masanya untuk membuka akaun sebenar.

Forex boleh menjadi kerja 'freelance' anda
Dan kita semua tahu generasi milenial selalunya mempunyai beberapa projek di sisi. Oleh itu baiklah,... ini boleh menjadi sesatu untuk dipertimbangkan. Pelaburan boleh menjadi kecil dan peluang-peluang keuntungan adalah berpanjangan. Dan paling penting, anda adalah majikan anda sendiri, jadi anda boleh mempunyai sebanyak mana rehat pendek yang anda mahu.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini