Home » Terkini » Minyak Mentah Hampir $80: Adakah 'Rally' MInyak Ini Kukuh?
Minyak Mentah Hampir $80: Adakah 'Rally' MInyak Ini Kukuh?
By Anonymous • 23.5.18 • Berita FortFS Terkini • Comments : 0
Mari berhadapan dengannya. Kita semua menjadi teruja dengan 'rally' minyak. Pasaran ini telah menunjukkan kita bukti hari demi hari yang trend ini akan berpanjangan.
Tetapi soalannya adalah… selepas masa yang lama dengan tidak melihat harga tenaga yang tinggi, kita sedang berasa sedikit curiga. Dan di sebalik hakikat bahawa ianya sepenuhnya normal, kita tidak dapat membiarkan emosi mengawal dagangan kita. Jadi, adalah 'rally' minyak kukuh atau tidak?
Menurut Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleun, tidak terdapat keraguan mengenainya. Mereka menjangkakan harga minyak bergerak melebihi tanda $80-setong di dalam jangka hampir berdasarkan kepada dua pemandu asas: kebimbangan geopolitik dan paras bekalan minyak mentah.
Geopolitik telah memandu harga ke atas dan ke bawah di dalam beberapa bulan terakhir dan akan paling berkemungkinan terus melakukannya di masa hadapan. Pada masa ini, para peserta pasaran sedang memberi fokus kepada dua negara yang berbeza: Iran dan Venezuela.
Iran dan Venezuela boleh dengan segera berhadapan sekumpulan sekatan baru oleh United States. Iran - selepas pentadbiran Trump menarik diri daripada perjanjian nuklear, dan Venezuela - ketika Presiden Nicolas Maduro dipilih semula di dalam pilihanraya yang melibatkan penipuan sepanjang hujung minggu di tengah-tengah krisis ekonomi yang mendalam.
Pada paras kedua, paras-paras bekalan minyak mentah. Ketika pasaran minyak hampir mencecah imbangannya, para pemimpin OPEC tidak tergesa-gesa meningkatkan pengeluaran. Pengurangan minyak kartel ini dijangka berlanjutan sehingga akhir tahun 2018 dan satu sambungan belum lagi ditolak.
Di dalam konteks ini, Presiden US Donald Trump kebelakangan ini menuduh OPEC “secara artifisial” meningkatkan harga minyak, menambah tekanan terhadap para pengeluar untuk menaikkan pengeluaran dan mengatasi inisiatif kumpulan itu.
OPEC dan sekumpulan pengeluar bebas sedang mengekalkan paras-paras pengeluaran rendah pada kira-kira 1.8 million tong sehari. Menteri-menteri minyak akan mengadakan satu mesyuarat pada Jun 22-23 untuk menyemak polisi ini.
Pandangan kami
Para penganalisa dari Fort Financial Services percaya situasi semasa adsalah sesungguhnya “artifisial”, tetapi berdasarkan alasan-alasan kukuh. Di dalam jangka pendek, kita boleh menjangkakan sambungan ke atas melebihi tanda $80.
Memecahkan paras psikologi akan membuka pintu untuk pertumbuhan lanjut. Walaubagaimanapun, ia akan juga menjanakan keperluan untuk pengambilan untung, yang berkaitan dengan satu pembetulan.